Home / Info Dunia Islam / [Video] Penyusuan Sangat Penting Kepada Anak, Ini Amalan Ibu Imam Al-GHAZALI Ketika Menyusukan Anak Yang Patut Dicontohi..
penyusuan-sangat-penting-kepada-anak,-ini-amalan-ibu-imam-al-ghazali-ketika-menyusukan-anak-yang-patut-dicontohi.

[Video] Penyusuan Sangat Penting Kepada Anak, Ini Amalan Ibu Imam Al-GHAZALI Ketika Menyusukan Anak Yang Patut Dicontohi..

Penyusuan susu ibu merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang bayi. Ia merupakan anugerah daripada Allah SWT. yang dikurniakan oleh kepada seseorang wanita yang bergelar ibu. Allah SWT telah menyatakan dalam Al Qur’an dan baginda Rasulallah SAW juga menekankan tentang kepentingannya dalam hadis. Perbincangan berkenaan penyusuan ibu juga dikhususkan dalam bab khusus iaitu al Radā‘ah.

Penyusuan sangat penting kepada bayi. Penyusuan susu ibu menjamin bayi hidup lebih sihat dan sempurna. Ini kerana susu ibu merupakan sumber pemakanan yang seimbang. Kerana kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebutnya berkali-kali di dalam Al Qur’an. Bahkan ianya juga disebut berulang kali di dalam hadis nabi.

PENGERTIAN PENYUSUAN

Manakala pengertian penyusuan susu ibu pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengertian menurut bahasa dan menurut istilah syarak. Menurut bahasa penyusuan berasal daripada perkataan arab iaitu radi‘a dan rada‘a iaitu penyusuan anak oleh ibunya. Ia juga membawa makna daraba yang membawa makna pukul.3 Perempuan yang menyusukan anak digelar al- murdi‘ah .4 Manakala anak yang disusui pula digelar al-Radī’. Menurut istilah syarak, terdapat beberapa pandangan daripada tertentu berkenaan beberapa maksud dan takrif penyusuan iaitu :

1. Mazhab Hanafi mentakrifkan penyusuan sebagai meminum susu perempuan- perempuan adam pada waktu tertentu.5
2. Mazhab Maliki pula berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu perempuan sama ada sesudah mati atau perempuan kecil meskipun melalui puting atau alat bantuan makanan atau susu yang bercampuran (dengan syarat hendaklah susu melebihi daripada benda lain) dengan makanan lain dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.6
3. Mazhab Syafi‘i yang menjadi pegangan kebanyakan umat Islam di Malaysia menyatakan penyusuan ialah sesuatu perkara yang digunakan untuk memasukkan susu perempuan ke dalam hidangan kanak-kanak yang memberi kesan kepada pembesaran.7
4. Mazhab Hambali berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu secara semula jadi atau alat bantuan minuman kepada sesiapa yang umurnya tidak melebihi dua tahun.8
5. Berdasarkan maksud dan takrif yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa pengertian penyusuan susu ibu ialah memasukkan susu perempuan ke dalam rongga kanak- kanak yang tidak melebihi usia dua tahun.

Amalan Ibu Imam Al-GHAZALI Ketika Menyusukan Anak:
1. Menyusukan dalam keada’an berwuduk.
2. Membaca surah Luqman ayat 1-6 susu belah kanan.

3. Membaca surah Luqman ayat 17 susu sebelah kiri.
4. Membaca surah Luqman ayat 18-20 zikir ketika bayi sendawa.
Berkat amalan ini Imam Al-Ghazali barjaya menghafaz Al-Qur’an ketika berumur 6 tahun.
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu

sumber : muslehbookshop.blogspot.com via cikguking.com

sumber video : Dunia Aswaja Nusantara

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *