Nasi tomato
Bahan-bahan
7 cawan beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam
10.5 cawan air biasa
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
2 labu bwg holand
4 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
Sedikit minyak sapi
Sedikit minyak masak biasa
Gula dan garam
Akar daun ketumbar
Cara2
Bahan tumis
Panaskan minyak biasa +minyak sapi
Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bwg holand ,tomato dan akar daun ketumbar
Tumis hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan susu dan tomato puree
Masak hingga mendidih tambah gula dan garam
Alih kan ke dapur elektrik utk masak nasi
Masukkan 10.5 cawan air dan bahan yg telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yg telah direndam dan kacau sedikit
Tekan cook…masak seperti biasa
Bila masak tabur bwg goreng dan daun ketumbar
Boleh jgk tabur kismis jika suka
*sila guna cawan sama sukat air dan beras
Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air
Kredit Resepi : mas salleh via mahn