Home / Masakan / Resepi Masak Nasi Daging Utara

Resepi Masak Nasi Daging Utara

Hari ni masak nasi daging utara

Nak RESEPI? Meh kak fana share. Tapi sukatan takdak naa. Kita main campak campak baling masuk periuk ja hahahah

Cara masak
——
Daging fresh rebus dulu

Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam.

Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi

Bahan nasi
——–
2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dgn sedikit garam bagi kembang)
3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yg sama dgn sukatan beras.
1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Serbuk kari daging (tak payah byk)
Serbuk kurma (letak lebih sikit utk sedap)
Serbuk kas kas (sedikit shj)
Garam
Buah tomato
Daun ketumbar

Cara buat
—–
Mula2 tumbuk bawang merah + putih + halia.

Tumis bahan tumbuk td dgn mnyk sapi dalam periuk sampai agak garing.

Masuk rempah kurma + sedikit rempah kari daging + serai + lada hitam yang ditumbuk + garam + serbuk kas kas + sedikit air. Tumis sampai pecah minyak

Masuk 3 cawan air rebusan daging.

Kemudian masuk beras yg direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau2 skt beras tu dlm periuk.

Bila nasi dh agak masak. Masuk daging yg direbus yg dah empuk dan daun ketumbar dlm periuk. Kacau2 biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap !!!

Bahan utk air asam
—–
Cili padi
Asam jawa
Garam
Belacan
Kerisik
Buah tomato
Bawang kecil

Cara buat

Tumbuk cili padi + garam + belacan smpai agak lumat

Kemudian masukkan dlm mangkuk. Perah air asam jawa pekat2. Gaulkan dgn cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis2. Boh sekali dlm bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.

Makan panas-panas sedap gila baq hang !! Laki panggil pun tak perasan dah hahahh

Hangpa nak share silakan. Kak fana halalkan ilmu.

Ikut betoi2 tau. Kalau tak jadi jangan mai serang cheq pulak. Cheq bagi resepi betoi dah

Selamat mencuba !!

Kredit Resepi : nor farhanA

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *