Home / Masakan / Resepi Popia Goreng Bercili

Resepi Popia Goreng Bercili

POPIA GORENG BERCILI

Bahan:-
Kulit popiah secukupnya
minyak utuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air = bancuh untuk gam popia

Inti Popia:-

• 200 gm udang – hiris halus
• 2 batang fish cake– potong dadu (optional..nak bagi lebih sedap)
• 1 batang carrot – sagat/racik halus2
• 1 mangkuk kobis – hiris2 halus
• 5 batang kacang panjang – potong halus
• 1 labu bawang besar – cincang halus
• 1 ulas bawang putih – cincang
• 1 sudu besar minyak
• Garam

Cara Membuat:-

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan udang, fish cake dan carrot. Kacau rata. Masukkan kobis, kacang panjang dan garam. Kacau. Bila sayur telah lembut, tutup api. Tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun.

Ambil kulit popiah, dan letak intinya. Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.
Bahan Sos Cili:-
• 2 sudu besar cili mesin
• 1 ulas bawang putih – tumbuk
• 2 sudu besar sos cili
• 2 sudu besar air asam jawa (atau cuka jika suka)
• 2 sudu besar gula (pada bonda manis sikit lebih sedap)
• 3 sudu besar minyak
• garam
• bijan untuk tabur (jika suka)

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan pecah minyak. Masukkan gula dan kecilkan api. Bila bahan tumis dah bertukar warna merah cantik masukkan air asam jawa. Masak lagi sekejap dan rasakan garam gulanya. Bila dan puas hati, masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan gaul rata sekejap sahaja sebab kalau lama sangat akan lembik dan tidak rangup. Sebab itu bahan sambal mesti betul-betul garing baru masukkan popia kita. Siap untuk dihidangkan. Bijan boleh juga ditabur ketika menghidangkan popia sambal kita,
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *