Home / Masakan / Resepi Kuih Lompang

Resepi Kuih Lompang

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan:-
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan
Pewarna pilihan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul – kukus kejap

Cara-cara:-
1. Masukkan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar.

2. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata.

3. Kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati.

4. Tapis adunan. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.

5. Kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.

6. Hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *