Home / Isu Semasa / Mufti Pulau Pinang Gesa Tukar Jenama Arak ‘Timah’

Mufti Pulau Pinang Gesa Tukar Jenama Arak ‘Timah’

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya mengarahkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan, untuk segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Beliau menerusi sebuah kenyataan berkata pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan yang tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama ‘Timah’ berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut.

“Seperti yang sedia maklum bahawa bagi masyarakat Melayu, ‘Timah’ adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad S.A.W yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada Sunni atau Syiah.

“Justeru, menjenamakan arak dengan ‘Timah’ dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku,” katanya di sini, hari ini.

Baca: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/arak-jenama-timah-bukan-hasil-produk-kerajaan-ahmad-marzuk-325773?fbclid=IwAR0Bp6iWc-afrWY6af064XGgNHRqgOSCaPgtKnqgw5xQ8fTYk9KeBC9fuhY

Beliau menambah, pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu tersebut, agar tidak menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon pihak kerajaan Malaysia supaya mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya berserta gambar di botol kepada nama dan gambar yang tidak menimbulkan sensitiviti umat Islam ,demi memelihara suasana harmoni pelbagai kaum di negara ini.

“Kita juga berharap agar para pemimpin politik tanah air terutamanya yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol tersebut,” katanya.

Kredit : BERNAMA

 

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *