Home / Info Viral / “Pengorbanan seorg Frontliner”. Rumah tangga mvsnah gara-gara terlalu komited dengan tugas
“peng0rbanan-seorang-frontliner”.-rumah-tangga-mvsnah-gara-gara-terlalu-komited-dengan-tugas

“Pengorbanan seorg Frontliner”. Rumah tangga mvsnah gara-gara terlalu komited dengan tugas

IKATAN perkahwinan yang terjalin selama hampir sedekad antara Amir dan Diana (bukan nama sebenar) akhirnya bertemu noktahnya.

Percera!an tersebut berlaku ekoran rasa tidak puas hati Diana terhadap Amir yang dianggap terlalu komited dengan pekerjaan.

Sepanjang perkongsian hidup, pasangan yang menetap di Lembah Klang itu tidak dikurniakan zuriat.

Amir merupakan pemilik merangkap pemandu sebuah syarikat penyedia perkhidmatan ambulans di ibu kota, manakala Diana pula berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Sebagai pemilik syarikat itu dan pemandu ambulans, tugas harian Amir sangat padat.

Dia bukan sahaja perlu menguruskan urusan di pejabat, malah membantu orang yang berada dalam kesus4han.

Ada ketikanya, Amir pulang ke rumah pada tengah malam dan terp4ksa keluar semula awal pagi sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan.

“Kerja seperti saya ini tidak tentu masa. Saya perlu uruskan hal di pejabat serta memandu ambulans sekiranya terlalu banyak permintaan.

“Hendak harapkan pekerja, mereka pun tidak menang tangan. Tidak sangka pula, kesibukan saya itu membawa kepada percera!an kami,” ujar Amir sewaktu ditemu bual baru-baru ini.

Imbas pemuda berasal dari Ampang, Selangor itu, pergolakan dalam rumah tangganya bermula apabila pandem!k C19 melanda negara.

Dia memaklumkan, sepanjang tahun lalu, permintaan terhadap perkhidmatan ambulans meningkat secara mendadak terutamanya daripada mereka yang disahkan positif C19.

“Selama saya hidup dengan Diana, kami berdua bahagia dan saling memahami tugas masing-masing. Disebabkan C19 melanda negara, kerja saya sebagai seorang yang boleh dianggap frontliners atau petugas barisan hadapan kian bertambah dan hampir tiada masa di rumah.

“Permintaan terhadap ambulans meningkat begitu mendadak. Kami terima banyak permintaan untuk menghantar pes4kit C19 ke h0spital bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Ekoran itu, Diana sering berkecil hati dengan Amir yang terlalu komited dengan kerja sehingga membiarkan dirinya tinggal keseorangan di rumah.

Apabila pulang ke rumah, Diana kerap mempersoalkan tugas Amir sehingga membawa kepada pertengkran.

“Diana seperti tidak faham kerja saya. Dia mahu saya duduk di rumah pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersamanya. MaIangnya, kerja macam saya ini tidak menentu. Ditambah pula, penularan k€s C19 agak serius ketika itu dan ramai memerlukan perkhidmatan ambulans,” tegasnya.

Pertengkran antara mereka sampai ke kemuncaknya selepas Amir tidak pulang ke rumah selama tiga hari disebabkan tugas.

Selain itu, Amir turut bimbng v!rus m4ut itu menjangk!ti isterinya kerana pekerjaannya beris!ko untuk dijangk!ti.

Situasi tersebut membuatkan Diana yang tidak mampu lagi bersabar naik angin serta meminta supaya Amir segera melepaskannya kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu.

“Saya ini seorang yang banyak bersabar dan bertoIak ansur. Saya bukan tidak mahu pulang ke rumah ketika itu, tetapi saya bimbang dijangk!ti v!rus dan membawanya ke rumah.

“Justeru, saya pilih untuk tinggal di tempat kerja sementara menunggu keputusan ujian calitan C19. Tetapi, dia anggap saya sengaja berbuat demikian,” tegasnya.

Selepas kerap diasak oleh Diana serta keadaan emosinya yang terganggu, akhirnya Amir memilih untuk mencera!kan isterinya menerusi panggilan telefon.

Jelas Amir, sewaktu dia memberi penerangan mengenai situasinya, Diana seperti tidak boleh menerima alasan diberikan sehingga membuatkan Amir akhirnya hilang pertimbangan.

Amir telah mencera!kan Diana dengan taIak satu menerusi panggilan telefon itu sebelum membuat pengesahan di mahkmah syariah dua minggu kemudian.

“Sewaktu perbicaraan di mahkmah syariah, hakim menasihati mereka bahawa dalam perkahwinan perlu ada toIak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

“Saya tidak menyalahkan Diana 100 peratus terhadap percera!an ini. Saya juga sedar kekurangan diri ini,” tegasnya.

Ketika ini, Amir kekal menduda dan belum memikirkan untuk mencari pengganti kerana bimbang bakal isteri tidak memahami bebanan kerjanya yang masih tinggi di kala ini.

Sumber : kosmo

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *