Home / Masakan / Resepi Daging Masak Kicap Berempah

Resepi Daging Masak Kicap Berempah

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH

Bahan kisar :
1/2 labu bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *

Bahan bahan :
Daging
1 sb rempah kari
1 sk serbuk kunyit
1/2 labu bawang besar (hiris bulat)
kicap manis
sos tiram
hirisan cili merah

Cara cara :

Tumiskan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit hingga garing dan pecah minyak. Masukkan daging dan biar daging separuh masak.

Masukkan kicap manis, sos tiram. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.

Masukkan pula cili merah dan kacau. Apabila daging sudah dan kuahnya kelihatan pekat, taburkan hirisan bawang besar. Gaul sekata.. Siap.
Kredit : unclenublikumz

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *