Home / Berita Terkini / Kena Buat ujian kendiri C0vid-19 sebelum masuk Kelantan -Datuk Ahmad Yakob
kena-buat-ujian-kendiri-c0vid-19-sebelum-masuk-kelantan-datuk-ahmad-yakob

Kena Buat ujian kendiri C0vid-19 sebelum masuk Kelantan -Datuk Ahmad Yakob

Kerajaan negeri menyarankan semua anak-anak Kelantan yang berada di perantauan agar membuat ujian kendiri Cov1d-19 sebelum pulang ke kampung halaman selepas pergerakan rentas negeri diben4rkan bermula semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu perlu memandangkan negara berada dalam fasa endemik sekali gus memastikan keselamatan setiap individu yang masuk ke negeri ini.

“Meskipun tidak wajib, ujian kit kendiri C0vid-19 perlu ada sebagai persediaan perantau sekiranya mereka bergej4la sekali gus menjangkiti ahli keluarga.

“Saya berpesan agar hanya individu lengkap dua d0s v4ksin dan cukup tempoh sahaja dibenarkan rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Stesen Mekawey, Tunj0ng di sini hari ini.

Stesen berkenaan menyediakan kios yang diusahakan dengan kerjasama pihak Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang memberi peluang kepada golongan usahawan belia untuk meningkatkan industri makanan di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kelantan sudah mencapai kadar vaksinasi sebanyak 74 peratus dan menjangkakan akan menjangkau imuniti kelompok hujung bulan ini.

Sumber– K!0NLINE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *