Home / Info Dunia Islam / [VIDEO] SubhanAllah, Pakcik (Wali Gunung) ini sanggup kayuh basikal beratus kilometer demi berdakwah
[video]-subhanallah,-pakcik-(wali-gunung)-ini-sanggup-kayuh-basikal-beratus-kilometer-demi-berdakwah

[VIDEO] SubhanAllah, Pakcik (Wali Gunung) ini sanggup kayuh basikal beratus kilometer demi berdakwah

Usaha untuk menyebarkan dakwah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Namun usaha yang bersungguh-sungguh dan menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah SWT adalah perbuatan yang amat terpuji. Tidak semua manusia atau umat Islam mampu melaksanakan seperti yang dilakukan oleh Ustaz Zaki atau lebih dikenali ‘Wali Gunung’ sepertimana yang dikongsikan melalui saluran Facebook oleh anggota tent3ra Thailand yang kagum dengan Ustaz Zaki yang berkayuh basikal sejauh beratus kilometer bagi menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.

Kelibat seorang warga emas yang sedang mengayuh basikal dari kejauhan, telah mendorong beberapa anggota t3ntera Thailand yang berkawal di sempadan Malaysia-Thai untuk mendekatinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Dek-chai-Yuyee iaitu salah seorang anggota t3ntera tersebut, warga emas ini dalam perjalanan untuk ke Yala kerana menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.

Kagum dengan semangat warga emas ini, Dek-chai-Yuyee dan rakan-rakannya telah menghulurkan bantuan minuman kepadanya, sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke destinasi yang dituju.

Video berkenaan telah menjadi vir4l dan mendapat lebih 414 ribu tontonan di media sosial.

PERNAH TULAR PADA TAHUN 2015

Ketika itu seorang penunggang basikal amatur terserempak dengannya ketika basikalnya rosak di Banjaran Titiwangsa.

Penunggang basikal yang dikenali sebagai Che Wan pernah menul4rkan kisahnya dan memohon sumbangan ikhlas orang awam bagi membelikan basikal baru untuk pak cik ini.

Pak cik ini terkenal dengan panggilan Wali Gunung, kerana semangatnya berulang alik dari Perlis ke Kelantan memb3lah Banjaran Titiwangsa untuk berdakwah menyebarkan agama Islam.

DIKENALI SEBAGAI WALI GUNUNG ATAU USTAZ ZAKI

Menurut sumber, namanya Pak Cik Zaki atau Ustaz Zaki yang berasal dari Utara Tanah Air. Seorang hamba Allah yang c3kal berdakwah ke mana-mana sahaja demi untuk menyampaikan ilmu Allah.

Selepas tul4rnya kisah beliau, ramai netiz3n yang telah meninggalkan komen mengenali insan ini. Rata-ratanya mereka amat kagum dengan semangat dan kecekalan beliau yang kuat. Ada juga orang kampung beliau yang mengenalinya, dan berkongsi cerita tentang dirinya yang sejak kecil gemar menaiki basikal.

Beliau seorang yang kuat pegangan agama dan sangat peramah apabila berjumpa sesiapa sahaja, maka tidak hairanlah jika ramai orang awam yang mengenali beliau.

“SIMPANLAH DUNIA DI TAPAK TANGAN, BUKANNYA DI HATI.” – WALI GUNUNG

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan Pak Cik Zaki. Jika ada yang terserempak dengan pak cik ini, jangan segan-segan untuk bertegur sapa dan membantunya.

Selamat berjuang Wali Gunung! Teruskan perjuanganmu ke jalan Allah!

Video;

Sumber: Facebook via mysumbermaya.com

Sumber video: Saluran youtube LC Express

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *