SPAGHETTI WHITE SAUCE ALA CARBONARA
Bahan-bahan sos:
1 cawan tepung gandum
1 liter susu segar
1 cawan krim
1/2 ketul butter
200 gm dada ayam dipotong nipis
1/2 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu serbuk lada hitam
parutan keju cheddar
Spaghetti yg telah direbus lembut
Cara-cara:
1. A : Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih, hingga wangi. + ayam dan digaul rata. + lada hitam dan garam. Biar hingga ayam masak dan ketepikan.
2. B : Dalam periuk yg lain, panaskan butter, dan masukkan tepung gandum. Kacau sebentar hingga tepung kekuningan. + krim dan susu. Kacau supaya tidak bergentel. Biarkan sehingga kuah sedikit pekat tapi jgn terlalu pekat. Kalau pekat tambah dgn sedikit air panas. + parutan cheese.
3. Bila dah sedia utk menghidang, panaskan bahan A dan + bahan B. Panaskan sebentar, jgn terlalu lama kerana sauce putih cepat bergentel, terus masukkan spaghetti dan ditutup api. Taburkan cheese dia atas…
Kredit : Resepi Sedap