Home / Masakan / Resepi Beef Lasagna Special

Resepi Beef Lasagna Special

BEEF LASAGNA SPECIAL

Bahan-bahan:

6 kepingan besar lasagna (ikut loyang bakar) dan (rebus hingga lembut-lebih kurang 2 minit)
1 mangkuk daging cincang Ramly
1/2 batang carrot ( di potong kecil2)
2 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 biji tomato segar (potong dadu)
1 kiub ayam maggie
Sedikit Rempah Oregano
8 keping cheese (cheesedale) or cheddar cheese diparut
2 cawan susu segar
3 atau 4 sudu besar minyak masak
Garam / Gula secukup rasa

Bahan Paste – campurkan 3 sudu besar air dengan :
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari daging

Lapisan sos cheese:

2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
8 keping cheese

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Tumis bahan paste. Kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam, garam, gula, tomato puree, sos tomato carrot dan daging cincang. Masak sehingga daging masak. Rasa dulu kuah sebelum masukkan garam dan gula. Ikut sesedap rasa anda sendiri. Kemudian masukkan tomato segar dan sedikit rempat oregano, masak selama 2 minit. Jangan sampai air kering sangat. (Masak ala-ala berair sikit agar lapisan lasagne nanti masak penuh dan tak keras). Kemudian angkat dan ketepikan.

Untuk cream cheese : Panaskan minyak, kemudian masukkan tepung, kemudian masukkan pula susu segar. Bila mendidih masukkan cheese. Masak biar pekat dengan api perlahan sehingga kuah pekat. Sediakan bekas pembakar.

– lapisan pertama: kepingan lasagna
– lapisan kedua: daging
– lapisan ketiga: cream cheese

Ulang lapisan. Diatas lapisan terakhir letakkan kepingan lasagna dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagna dan taburkan sedikit oregano. Bakar dlm oven selama 30/40 minit, suhu 180C.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *