Home / Berita Terkini / Malang tidak berbau, 4 kru produksi filem yang terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu semalam sehingga seorang daripadanya m4ut dan 3 cdera par4h. Salam Takziah (Al Fatihah)
mal4ng-tidak-berbau,-4-kru-produksi-filem-yang-terbabit-dalam-kem4langan-di-setiu,-terengganu-semalam-sehingga-seorang-daripadanya-m4ut-dan-3-cdera-par4h.-salam-takziah-(al-fatihah)

Malang tidak berbau, 4 kru produksi filem yang terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu semalam sehingga seorang daripadanya m4ut dan 3 cdera par4h. Salam Takziah (Al Fatihah)

Malang tidak berb4u buat 4 pemuda yang terlibat dalam kemalangan di Setiu, Terengganu apabila kereta yang dipandu terb4bas dan mengakibatkan kem4langan yang mer4gut ny4wa pemandu dan 3 lagi penumpangnya par4h. Mereka adalah krew produksi filem yang terlibat dalam penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik Aziz M Osman iaitu Motion Pictures Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur: Empat kru produksi filem yang terbabit dalam kem4langan di Setiu, Terengganu semalam sehingga seorang daripadanya m4ut itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd.

Aziz, 59, ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, bapa mentua dan seorang anaknya yang juga kru produksi menaiki kenderaan lain untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, Kelantan.

“Kami ke Kota Bharu pada Isnin lalu bagi menjalani penggambaran projek Dokumentari Seniman Negara: Khatijah Awang. Kami menaiki dua kenderaan, satu saya bersama keluarga iaitu isteri, bapa mentua yang juga pengarah projek ini serta anak saya yang mana terbabit sebagai kru. Satu lagi kereta dinaiki empat kru itu.

“Ketika kejadian itu kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kalau tanya saya, saya sendiri tidak boleh jelaskan bagaimana kem4langan boleh berlaku. Ini kerana kami sudah jauh ke depan dan tidak dapat berhubung terus dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, pengarah serta penyunting, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang juga pemandu Perodua Alza disahkan m3ningg4l dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi par4h selepas kenderaan dinaiki mereka terb4bas.

Menurut Aziz, mangsa yang meningg4l dunia sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur sementara tiga yang ced3ra dir4wat di sebuah h0spital di Terengganu.

“Isteri saya dalam perjalanan ke rumah keluarga arw4h,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ace Motion Pictures Sdn Bhd juga isteri Aziz iaitu Puteri Lily Lokman menerusi komen yang ditulis di Faceb00k Harian Metro berkata, kejadian mungkin disebabkan oleh ‘micr0sleep’.

“Mereka pekerja saya. Mereka tak laju tapi ‘micr0sleep’. Peringatan untuk kita juga, kalau meng4ntuk berhenti. Mereka baru lepas makan tengah hari, mungkin lepas makan meng4ntuk.

“Minta semua doakan semoga dipermudahkan urusan mereka dan keluarga. Budak yang baik. ‘Happy person’ selalu tersenyum. Allah sayang kau Sham. Al Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pemandu dipercayai g4gal mengawal kenderaan sebelum terb4bas dan terl4nggar tunggul kayu di kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

Afandi berkata, penumpang hadapan, Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, mengalami kec3deraan p4rah ret4k di bah4gian l3her.

Sementara itu seorang lagi penumpang belakang, Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, p4rah selepas putvs tangan kiri.

Beliau berkata, kes disi4sat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga Roh arw4h dicucuri rahmat dan semoga 3 yang lain dapat pulih dan sembuh dari kec3deraan serta dipermudahkan urusan. Sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h.

Sumber : Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *