Home / Isu Semasa / ‘Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun’ – Vida rentas negeri ziarah pusara anak

‘Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun’ – Vida rentas negeri ziarah pusara anak

Ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

kongsi Aktikal ini  :

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Vida mengambil peluang kebenaran merentas negeri dengan menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, ini kali pertama dia menjejakkan kaki menziarahi pusara anaknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Vida berkongsi perjalanannya ke Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh untuk tatapan umum.

“Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.

“Jadi, inilah rentas negeri pertama saya, daripada tak boleh datang ke kawasan kubur, alhamdulillah hari ini boleh datang.

“Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri.

“Kalau ada, mereka dah berumur 20 tahun. Anak mama yang hebat,” kata Vida di dalam video itu.

Tambah Vida lagi, masih segar dalam ingatannya mengenai insiden hitam yang meragut nyawa anak-anaknya itu.

“Dua putera saya dijemput ilahi dalam satu musibah dan tragedi yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat.

“Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’.

“Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali.

“Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama,” ujar Vida lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut merasa sebak dan menitipkan ucapan takziah buat Vida sekeluarga.

Arwah Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya ditemui di dalam bilik air.

Dalam tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut terkorban dan dikebumikan di kampung halamannya di Bota, Perak.

*Artikel asal di Gempak

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *