Home / Berita Terkini / Tolong kami! Bantu Nur Azizah! Hil4ng tang4n angk4ra samun! Tekad bangkit demi mama, adik-adik
tolong-k4mi!-b4ntu-nur-azizah!-hil4ng-tang4n-angk4ra-samun!-tek4d-bangkit-demi-mama,-adik-adik

Tolong kami! Bantu Nur Azizah! Hil4ng tang4n angk4ra samun! Tekad bangkit demi mama, adik-adik

MALAM Khamis, 26 Ogos, 2021 pasti menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan seumur hidup oleh Siti Nur Azizah Syafri Adi. Malam penuh tragis yang menyebabkan dia kehilangan sebelah tangannya kerana kerakusan manusia berhati binatang.

Nur Azizah, 17, adalah mangsa samun motosikal yang berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada tarikh itu. Empat hari koma dan dua belas hari terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), apabila sedar dia mendapati tangan kanannya sudah tiada kerana terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya.

Dalam kejadian itu, penyamun yang menaiki motosikal Honda RS150 berjaya melarikan motorsikal Yamaha Y15ZR dinaiki Nur Azizah dan kawan lelakinya, Megat Syamil Naim.

Lebih sebulan berlalu, Nur Azizah masih menerima rawatan susulan. Selain tangan kanannya yang terpaksa dikorbankan, pergelangan tangan kirinya juga mengalami patah yang memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

KitaReporters sempat menjengah Nur Azizah dan keluarganya di PPR Baiduri, Jinjang, Kuala Lumpur untuk bertanya khabar sambil berkongsi cerita serta menyelami perasaan gadis berkenaan selepas tragedi itu.

Ikuti luahan hati Nur Azizah kepada penulis

Sejak kematian ayahnya tiga tahun lalu, Nur Azizah berhenti sekolah untuk membantu ibunya, Roslinawati, mencari nafkah demi memastikan adik-adiknya dapat hidup sempurna dan meneruskan persekolahan.

“Jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Saya baru selesai membantu seorang rakan membuat live video (penstriman video secara langsung) jualan pakaian bundle di Keramat (Kuala Lumpur).

“Sejak ayah (Syafri Adi) meninggal dunia tiga tahun lalu akibat darah tinggi, sebagai anak sulung, saya berusaha meringankan beban mama (Roslinawati Ya, 39) dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

“Jadi, bila rakan meminta saya membantunya semasa sesi jualan melalui live video itu, saya bersetuju. Dapatlah sedikit upah.

“Mama sudah beberapa kali menelefon bertanya di mana saya. Ya lah, emak mana yang tidak risau bila anak gadisnya belum pulang pada waktu jauh malam sebegitu.

“Sudah tentu macam-macam difikirkannya sampaikan mama ‘mengugut’ kalau saya balik lambat, dia akan kunci pintu dan membiarkan saya tidur di luar rumah.

“Selesai sesi live video itu, saya terus pulang, membonceng motosikal rakan saya, Syamil. Saya maklumkan kepada mama.

“Mereka menghimpit dan pembonceng motosikal itu menarik tangan saya serta melibas dengan mangga berantai, mengenai topi keledar saya. 

“Dalam perjalanan itu, ketika tiba di Jalan Kuching, dua buah motosikal mengekori kami. Sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dan sebuah lagi ditunggang seorang. Pada awalnya, kami tidak mengsyaki apa-apa tapi semakin lama mereka semakin hampir dan mula menghimpit.

“Menyedari sesuatu yang tidak kena, Syamil memecut tapi dikejar oleh mereka dengan rapat. Mereka menghimpit dan pembonceng motosikal itu menarik tangan saya serta melibas dengan mangga berantai, mengenai topi keledar saya.

“Lelaki itu kemudian menendang motosikal kami menyebabkan Syamil hilang kawalan dan kami terjatuh. Selepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, hanya terasa kesakitan yang amat sangat.

Nur Azizah koma selama empat hari dan terlantar di HKL selama12 hari akibat tragedi yang menimpanya.

Saya bertanya mama, benarkah saya sudah tidak mempunyai tangan kanan? Mama tidak mampu berkata-kata, sekadar mengangguk sambil menangis“Tapi, menurut mama, setiba di hospital, saya tidak sedarkan diri dan terus dimasukan ke ICU (unit rawatan rapi). Saya tidak tahu apa yang berlaku ke atas saya sepanjang berada di hospital kerana koma.

“Menurut mama, doktor melakukan pembedahan segera pada bahagian perut kerana berlaku pendarahan pada jantung dan buah pinggang.

“Kemudian, pada hari kedua, doktor meminta izin mama untuk melakukan pembedahan memotong keseluruhan tangan kanan saya bagi mengelak jangkitan kuman apatah lagi ia turut membabitkan saraf tunjang utama yang boleh memberi risiko kepada anggota badan lain.

“Apabila sedar pada hari keempat, saya masih tidak mengetahui bahawa saya sudah kehilangan tangan, cuma saya berasa bahagian tangan kanan saya terlalu ‘berat’ dan kebas sementara tangan kiri saya sakit dan sukar diangkat.

“Apabila jururawat memaklumkan kepada saya, ia seolah-olah satu mimpi ngeri dan saya berasa sangat keliru, antara hendak percaya atau tidak kata-kata jururawat itu.

Walaupun Nur Azizah kehilangan tangan kanan namun Roslinawati bersyukur kerana anaknya masih mampu meneruskan kehidupan.

“Ketika mama datang melawat, saya bertanya kepada mama, benarkah saya sudah tidak mempunyai tangan kanan? Mama tidak mampu berkata-kata, sekadar mengangguk sambil menangis.

“Dalam tangisan, mama cuba memujuk dengan berkata ‘tak mengapalah saya hilang tangan asalkan masih hidup’.

“Agak pelik, walaupun sedih, tapi tidak setitis pun air mata menitik. Saya sendiri tidak tahu dari mana datang kekuatan itu.

“Sehingga sekarang, saya tidak pernah meratapi apa yang berlaku walaupun bohonglah jika saya katakan langsung tidak sedih. Memang saya sedih tapi saya tidak akan meratapinya.

“Pada saya, ini semua sudah ketentuan Allah malah saya bersyukur kerana Allah hanya mengambil tangan saya bukan nyawa saya. Dia ambil tangan kanan saya tapi saya masih ada tangan kiri, tangan yang selalu saya gunakan kerana saya memang kidal.

Nur Azizah sentiasa berfikiran positif dan bersemangat waja.

“Saya tidak akan putus asa dalam hidup kerana tragedi ini. Saya masih ada kaki dan kudrat untuk bekerja. Saya sentiasa berfikiran positif bahawa ada orang lebih malang daripada saya.

“Saya mahu segera sihat untuk membantu mama kerana bukan kecil tanggungjawab mama selepas kematian ayah. Saya ada empat adik (Siti Nur Balqis, 16; Adam Rayyan Khusairi, 13; Siti Nur Danisha, 11; dan Siti Nur Damia, 7) untuk ditanggung.

“Saya mahu mereka belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam kehidupan. Cukuplah saya seorang tercicir dalam persekolahan demi membantu mama yang berniaga kecil-kecilan.

“Bila sihat nanti, saya berhasrat memulakan perniagaan, mungkin sesuai dengan keupayaan saya sekarang, saya akan menumpukan kepada perniagaan dalam talian.

Roslinawati melihat keadaan pergelangan tangan Nur Azizah yang turut patah.

“Saya sangat berterima kasih kepada orang ramai yang sangat prihatin dengan nasib keluarga saya. Masyarakat di sini sangat mengambil berat mengenai keluarga kami.

“Datuk (Seri) Rina Harun (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) mengunjungi mama ketika saya masih di hospital.

“Isteri Datuk (Seri) Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan) pun datang menziarah. Begitu juga dengan wakil ahli Parlimen Batu, pemimpin setempat malah ada antaranya tidak saya kenali. Selain menyatakan simpati, mereka turut memberi bantuan.

“Malah Baitulmal juga banyak membantu meringankan beban kewangan kami dengan bantuan bayaran sewa rumah dan wang perbelanjaan bulanan sebanyak RM700. Saya difahamkan Pusat Zakat juga akan membantu. Terima kasih.

“Ya, saya tidak akan lupakan peristiwa itu tapi saya tidak akan ratapinya. Saya akan bangkit untuk teruskan kehidupan!”

Kepada orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada keluarga Siti Nur Azizah, bolehlah menghubungi ibunya, Roslinawati Ya melalui talian 018 3115573. 

Sumber : Kita reporters

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *