Home / Masakan / Resepi Donut Gebu Tanpa Telur

Resepi Donut Gebu Tanpa Telur

Donut tanpa telur is done.
Definisi donut yang sedap adalah ringan, gebu, fluffy,rangup diluar lembut bahagian dalam,tak serap minyak&yang penting bila sejuk pun masih lembut.
Yang hijau tu donut pandan nina tambah coconut emulco.

Resepi Donut Gebu Tanpa Telur
=========================

1paket yis@mauripan 11gm
2sudu makan gula
2sudu makan susu pekat
1cawan air suam
*satukan semua bahan dan biarkan hingga berbuih
*kalau nak buat donut pandan tambahkan pewarna hijau&coconut emulco@esen pandan

4cawan tepung gandum
2sudu makan marjerin
2sudu makan minyak masak
1sudu teh baking powder
1/2sudu teh garam

Satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak, baking powder dan ramas ramas hingga sebati
Masukkan bancuhan yis yang berbuih dan uli hingga jadi doh lembut(uli manja manja sekadar sebati je)
Perap adunan lebih kurang 1jam
Bila dah kembang tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin
Bentukkan@terapkan donut(nina pakai gelas je lubang tu buat pakai penutup botol)
Biarkan donut naik kembang
Panaskan minyak dan goreng hingga perang
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Kerabu Perut Mudah

KERABU PERUT MUDAH BAHAN-BAHAN : Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *