Home / Isu Semasa / ‘Kami Tidak Tahu Ini Kawasan Hutan Simpan’

‘Kami Tidak Tahu Ini Kawasan Hutan Simpan’

GUA MUSANG: Lebih 30 pengusaha kebun durian Musang King dan getah seluas 90 hektar di Kampung Pulai, di sini terkedu diarah pihak berkuasa supaya mengosongkan kawasan itu setelah 25 tahun mengusahakannya.

Dalam notis pengosongan bertarikh 30 September dikeluarkan Jabatan Perhutanan Kelantan, mereka didakwa telah meneroka Hutan Simpan Ulu Galas secara haram dan dikehendaki mengosongkannya dalam masa 14 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pekebun Kecil di kawasan itu, Leow Chin Meng, 53, berkata, tempoh 14 hari diberikan terlalu singkat, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah diajak berbincang tentang isu tersebut.

Katanya, mereka berharap dapat bertemu pihak kerajaan negeri Kelantan untuk berunding dan mencari jalan supaya kebun yang diusahakan sejak sekian lama dapat sekurang-kurangnya dikekalkan.

“Rundingan bertujuan memastikan pihak pekebun mendapat keputusan yang adil dan menang-menang dalam isu penerokaan tanah di kawasan ini.

“Kami diberitahu 90 hektar kawasan kebun durian dan getah yang sudah beberapa kali mengeluarkan hasil ini akan diambil pihak berkuasa untuk diberikan kepada syarikat lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, luas keseluruhan kawasan tanah yang diterokai kumpulan pekebun itu untuk ditanam pokok durian Musang King dan getah lebih kurang 200 hektar, namun, hanya 90 hektar termasuk dalam Hutan Simpan Ulu Galas.

Pendapatan hasil jualan durian Musang King yang diraih para pekebun terbabit pada setiap musim bagaimanapun tidak dinyatakan.

Sementara itu, pekebun, Tina Chong, 50, berharap kerajaan Pas Kelantan lebih adil kerana mereka sudah banyak melabur wang iaitu sekitar RM7,000 hingga RM8,000 seekar atau hampir RM1.77 juta untuk mengusahakan 90 hektar tanah tersebut.

“Selama ini kami memang tidak mengetahui tanah ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Galas. Kami harap kerajaan benarkan kami usahakan tanah ini sama ada secara pajakan atau sewa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Kredit : UTUSAN ONLINE

Advertisement

About admin

Check Also

tuk4ng-cat-jal4n-impi-beli-kereta-mewah,-dulu-hairul-azreen-ditertawak4n!

Tukang cat jal4n impi beli kereta mewah, dulu Hairul Azreen ditertawak4n!

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah filem popular, Hairul Azreen, 33, berkongsi cerita dirinya pernah digelakkan rakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *