Home / Info Dunia Islam / Umur Baru saja 13 tahun, tapi telah ditawarkan oleh pihak universiti untuk menjadi sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester.
baru-saja-berusia-13-tahun,-telah-ditawarkan-oleh-pihak-universiti-untuk-menjadi-sebagai-tenaga-pengajar-di-universiti-leicester.

Umur Baru saja 13 tahun, tapi telah ditawarkan oleh pihak universiti untuk menjadi sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester.

Jika dilihat pada saiz badan dan wajahnya, pasti ramai yang tidak menyangka dia adalah seorang pensyarah
Dikenali dengan nama Yasha Asley, remaja berusia 14 tahun ini merupakan seorang remaja paling genius di Britain. Oleh kerana mempunyai kadar IQ yang tinggi, beliau telah ditawarkan oleh pihak universiti untuk menjadi sebagai tenaga pengajar di Universiti Leicester ketika beliau berusia 13 tahun.

Kini, beliau ditugaskan untuk mengajar pelajar dewasa dalam bidang matematik. Selain itu, Yasha juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut.

Oleh kerana umurnya yang terlalu muda, satu kebenaran khas telah dikeluarkan bagi memberi peluang untuknya bekerja di universiti itu
Yasha kini berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah di Leicester sebelum mendapat tempat untuk belajar di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik pada umur 12 tahun.

“Ini merupakan satu peluang yang sungguh bagus bagi saya. Saya amat seronok dan suka pergi ke universiti kerana saya dapat membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaian seragam sekolah untuk saya, kini saya berasa seperti orang dewasa,” kata

baru-saja-berusia-13-tahun,-telah-ditawarkan-oleh-pihak-universiti-untuk-menjadi-sebagai-tenaga-pengajar-di-universiti-leicester.

“Saya suka matematik kerana ia adalah sejenis sains yang tepat. Ia adalah satu-satunya sains di mana anda boleh membuktikan apa yang kamu katakan adalah betul,” kata Yasha.
“Matematik menguji kesabaran dan membuatkan saya ingin mencari jawapan yang betul. Ia merupakan subjek yang mudah dan menyeronokkan untuk belajar,” ujarnya lagi. Selepas tamat tahun 6 di sekolah rendah, beliau terus masuk ke universiti.

Yasha sebelum ini menghadiri sekolah rendah negeri sebelum mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran matematik peringkat ijazah ketika berusia 12 tahun. Beliau merupakan kanak-kanak yang pertama di dunia yang mencapai gred A dalam Matematik A Level dengan markah penuh sebanyak 100% dan 99%.

Yasha juga digelar sebagai Human Calculator kerana kecekapan beliau dalam menjawab soalan Matematik yang begitu susah. Beliau telah membuktikan bahawa semua orang dapat menguasai sesuatu perkara jika mereka betul-betul mahu mengejarnya.

Walaupun umurnya masih muda, tapi ia bukanlah satu halangan untuk Yasha untuk membuktikan kepada orang ramai tentang impiannya dalam menguasai mata pelajaran Matematik.

sumber: islamituindah

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *