Home / Masakan / Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat kukus

Bahan-bahan:

1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara:

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.

(Tip: Cucuk tengah-tengah kek dengan lidi hingga kedasar. Tarik semula lidi tersebut. Sekiranya lidi tersebut masih basah atau ada adunan kek yang melekat maknanya kek belum masak. Tapi kalau lidi tersebut bersih sahaja maknanya kek anda dah masak dan boleh diangkat).

Selamat mencuba
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Kerabu Perut Mudah

KERABU PERUT MUDAH BAHAN-BAHAN : Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *