Home / Masakan / Resepi Ayam Kicap Madu

Resepi Ayam Kicap Madu

AYAM KICAP MADU
.
Bahan Bahan
.
1 ekor ayam (potong 12)
1 bawang besar (hiris)
3 helai daun bawang
2 biji buah tomato (belah 4)
10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar manis
1 sudu besar gula/gula merah
1 biji cili merah – hiris
Garam, kunyit, gula/perasa
Minyak
.
CARA MEMBUATNYA
.
Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
.
Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
.
Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi.Sesuaikan rasa (tambah garam, gula jika perlu)
.
Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
.
Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau sebati
.
Dah siap tutup api..taburkan daun bawang
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Kerabu Perut Mudah

KERABU PERUT MUDAH BAHAN-BAHAN : Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *