Home / Info Viral / Keluarga Contoh, Hubungan Baik Isteri dan Bekas Isteri Norman Hakim boleh dijadikan tauladan…
keluarga-contoh,-hubungan-baik-isteri-dan-bekas-isteri-norman-hakim-sepatutnya-dijadikan-tauladan…

Keluarga Contoh, Hubungan Baik Isteri dan Bekas Isteri Norman Hakim boleh dijadikan tauladan…

Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia adalah impian semua orang termasuk anak-anak. Kadang-kadang rumahtangga yang dibina tidak dapat bert4han atas pelbagai sebab, namun begitu, ia tidak sepatutnya menjadi sebab anak-anak tidak mendapat kasih sayang dari ibu dan bapa. Walau tidak tinggal bersama lagi  namun hubungan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak tidak seharusnya terg4dai akibat daripada perpisahan tersebut sepertimana yang boleh diambil tauladan dari sebuah keluarga selebriti tanah air iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi.

Ikuti perkongsian yang dipetik dari berita Harian Metro yang memaparkan kisah Norman Hakim yang kagum dengan isterinya dan bekas isterinya yang merancang untuk bercuti bersama selepas rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

Kuala Lumpur: Pelakon, Norman Hakim ‘kagum’ dengan isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi yang terus membuat perancangan cuti bersama sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, kelmarin.

Menerusi Instagram, Norman turut berkongsi paparan perbualan Memey dan Abby di aplikasi WhatsApp yang teruja sambil merancang percutian untuk dua keluarga itu.

Malah, Memey dan Abby turut berbincang untuk mengenakan baju yang sama warna untuk keluarga mereka sepanjang percutian itu nanti.

“Hampir dua tahun tidak nampak memo begini (ini pun ternampak dalam telefon isteri) terkejut pun ada juga kerana sudah lama tidak berbincang atau proses mengenai bab ini.

“Tidak sampai 24 jam pengumuman, laju betul mereka membuat perancangan. Nampak macam sampai ke hujung tahun saja. Tak larat nak baca habis. Bab ni memang tabik kepada kaum hawa memang efisyen.

“Jadi anak-anak, sila ambil perhatian warna-warna pelangi yang diperlukan ketika percutian nanti supaya tak terkejut apabila memo rasmi ini keluar nanti. Tak lama lagi ni,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya mengusik Norman kerana berdepan dengan situasi lucu seperti itu.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8; Muhammad Dikhriz Hakim, 6; dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Sebelum itu, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 18; Marissa Dania Hakim, 16; dan Danisha Hakim, 13.

Semoga keluarga besar ini terus kekal bahagia sampai syurga.

Sumber: Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *