Home / Isu Semasa / Wanita Dilapor Maut Akibat Terjatuh Pada Ketinggian 82 Kaki Ketika Aktiviti ‘Bungee Jump’

Wanita Dilapor Maut Akibat Terjatuh Pada Ketinggian 82 Kaki Ketika Aktiviti ‘Bungee Jump’

Seorang ibu kepada tiga anak dilapor maut ketika membuat lompatan ‘bungee’ dengan keadaan yang salah, lapor Daily Mail.

Rakaman mengerikan itu memaparkan wanita berusia 33 tahun berkenaan dengan tenang melangkah pada bumbung sebuah hotel di Karaganda, Kazakhstan.

Ekoran daripada itu, dia dilaporkan terjatuh setinggi 82 kaki dan mengalami banyak kecederaan, ketika tali sokongan didakwa tidak diikat dengan betul.

Wanita itu yang jatuh dalam keadaan mengerikan dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kerana kecederaan serius di kepala, tetapi dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Gambar: Daily Mail

Dalam rakaman video itu juga terdapat seorang lelaki memasangkan tali sokongan kepada wanita tersebut dan seorang lagi berada di luar kamera. Rakan wanita yang sepatutnya turun selepas gilirannya menjerit selepas melihat  wanita itu tersalah lompat.

‘Cross-line’ yang sepatutnya diikat pada tali keselamatan gagal dipegang kerana tidak diikat dengan betul. Kecuaian tersebut telah menyebabkan wanita itu terjatuh ke bawah dan diseret kira-kira 12 kaki sebelum terkena dinding, tulis Daily Mail.

Gambar: Daily Mail
Gambar: Daily Mail

Menurut sumber, lompatan itu dibenarkan sebelum pihak penganjur mempunyai masa untuk mengikat tali di atas pokok. Seorang lelaki  yang dipercayai pemegang tali keselematan yang seharusnya di ikat pada pokok itu dilihat jatuh ke lantai kerana menahan kekuatan jatuh tersebut.

Kata jurucakap kesihatan tempatan, pesakit telah jalani pembedahan untuk membuang hematoma sebelum disahkan maut tidak lama selepas itu. Siasatan jenayah dibuka bagi menyiasat kecuaian yang dilakukan oleh pihak penganjur.

Sumber : Mail Online

Advertisement

About admin

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *