Home / Masakan / Resepi Puding Karamel Lapis Coklat

Resepi Puding Karamel Lapis Coklat

RESEPI PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan-bahannya :
Bahan A :
● 1 tin susu cair (375 ml)
● 5 s/b gula
● 3 biji telur A
● 1 s/k esen vanilla
● 2 s/b tepung kastad

Bahan B :
● 1 tin susu cair
● 5 s/b gula
● 3 biji telur A
● 2 s/b tepung kastad
● 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C :
● 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2.

Cara-caranya :
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.

2. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.

3. Panaskan periuk kukusan, kukus guna oven. Letak air dalam dulang pembakar dan kukus pada suhu 200’C. Boleh juga kukus atas dapur.

4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.

5. Sebelum masukkan adunan B, goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu. Maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain.

6. Kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.

7. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis. Boleh buat 2 lapis, 3 lapis atau lebih. Setiap lapisan perlu dikukus.

8. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan. Potong dan hidangkan.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *