SUP AYAM THAI
Bahan-bahan:
1/4 Ayam dipotong kecil
1 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
1 batang saleri (dipotong serong)
Sedikit lobak merah (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 batang akar daun ketumbar (basuh bersih)
3-4 biji cili padi (dipotong)
Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis)
1/2 bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun ketumbar dan daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Limau nipis
Cara-cara:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan sekali serai, rempah tumis, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah.
Masukkan ayam dan biarkan mendidih sehingga ayam masak.
Selepas itu masukkan batang saleri, lobak merah, serta akar ketumbar.
Masukkan garam, serbuk perasa dan sos ikan sehingga menepati rasa tersendiri.
Kemudian masukkan cili padi, bawang besar dan tomato. Siap, boleh padamkan api.
Hidangkan dengan taburkan daun ketumbar serta daun bawang, bawang goreng dan perahkan limau nipis.
kredit : ahmad shukri amiruddin