Home / Masakan / Resepi Ayam Pandan Thai Mudah

Resepi Ayam Pandan Thai Mudah

RESEPI AYAM PANDAN THAI MUDAH

Perghhhh sedap wei merecik hawau.

Bahan-bahan

1 keping dada ayam (potong dadu)
12-15 helai daun pandan
5-6 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap masin
2 sudu makan kicap manis
Secubit garam
1 sudu kecil gula
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan le dalam ayam tadi.

2. Kemudian, tambahkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.

3. Ambil daun pandan. Buat segi tiga bucu, masukkan ayam dan tutup ayam dengan masukkan daun pandan ke poket dan selit kat belang. Nanti tengok gambar.

4. Goreng sehingga ia masak. Dah siap untuk dihidang bersama nasi ataupun cicah sos apa kesukaan anda.

Selamat mencuba!

Kredit : yang nurazreen

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *