Home / Masakan / Resepi Nasi Ayam Panggang

Resepi Nasi Ayam Panggang

Resepi Nasi Ayam Panggang

Bahan – bahan:
Paste:

• 15 ulas bawang putih
• 4 inch halia

Stok Ayam:

• 2 liter air
• 1/2 kg ayam
• 1/2 biji bawang holland
• daun bawang
• 1 sb paste
• 1 sb garam
• 1 sb gula

Sos perapan ayam dan ayam panggang:

• 4 sb brown sugar
• 5 sb madu
• 1/2 cawan kicap manis
• 1/4 cawan sos tiram
• 1 sk chinese five spice powder
• 1 sk serbuk lada hitam
• 1 sk garam
• 1 sk paste
• 1 sk minyak bijan

Nasi:

• beras yang sudah dibasuh
• stok ayam
• 2 sk paste
• 1 sb marjerin
• gula
• garam
• daun pandan

Sos cili:

• 5 biji cili padi
• 5 biji cili besar
• 1/2 biji tomato
• 1 cawan stok ayam
• 2 sk paste
• 1 sb cuka
• garam
• gula

Kicap:

• 1/2 cawan kicap manis
• 1/2 cawan stok ayam
• 1 sk paste
• 1 sb tepung jagung

Sup:

• 4 cawan stok ayam
• 1/2 pc kiub ayam
• 1 sk paste
• garam
• gula

Cara – cara memasak:
Paste:

Kisarkan bawang putih dan halia menggunakan blender kering sehingga halus.
Ketepikan.
Stok Ayam:

Masukkan air dalam periuk.
Masukkan ayam, paste, bawang holland, daun bawang, gula dan garam.
Renehkan selama 20 minit atau sehingga ayam masak.
Keluarkan buih-buih putih jika ada guna penapis.
Setelah ayam masak pindahkan ayam ke dalam air berisi ais selama 2 minit.
Keluarkan ayam dan keringkan dengan tisu dapur.
Ketepikan stok ayam dan ayam tadi.
Sos perapan ayam dan ayam pangang:

Gaul semua bahan-bahan sampai sebati.
Sapukan pada ayam.
Perap ayam selama 30 min.
Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200°c selama 15 minit.
Kemudian keluarkan ayam dan sapukan lagi sos perapan.
Bakar lagi selama 5 minit.
Nasi:

Masukkan semua bahan, gaul sebati dan masak macam masak nasi biasa.
Sos cili:

Kisarkan semua bahan.
Masak sehingga mendidih.
Kicap:

Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih.
Sup:

Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih

Kredit: Nur Haziqah

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *