Home / Masakan / Resepi Nasi Ayam Hainan Asli

Resepi Nasi Ayam Hainan Asli

Resepi Nasi Ayam Hainan Asli

Bahan – bahan:
Nasi:

1 kg beras wangi (kalau takde pakai beras biasa pun boleh. Nak campur pun boleh)
2 inci Halia
6 ulas bawang putih
2 sudu majerin
4 sudu minyak masak
Sup ayam:

1 ekor ayam
1 biji bawang Holland
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 liter air
Ayam:

4 sudu besar sos tiram
1 sudu biji lada hitam
2 sudu minyak bijan
Maltose
Sambal:

2 biji cili padi (nak pedas boleh lebihkan)
6 biji cili merah
2 inci halia muda
4 ulas bawang putih
cuka/perahan limau nipis
daun ketumbar
Cara – cara memasak:
Nasi:

Kisar halia, bawang putih dan minyak masak.
Tumis bersama marjerin sehingga kekuningan.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan.
Goreng seketika sehingga sebati dengan bahan tumis.
Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi.
Tanak dengan air sup rebusan ayam dan masukkan dua sudu minyak bijan.
Nota: Untuk menyedapkan rasa nasi, guna air sup yang sudah diperasakan.
Sup:

Cuci ayam bersih dan sumbat dua daun batang bersama akar ke dalam perut ayam.
Panaskan 4 liter air, masukkan bawang putih dibelah dua, halia dan bawang holland dimayam.
Masukkan garam dan sedikit perasa jika suka.
Apabila sup dah menggelegak, masukkan ayam dan perlahanlan api. Tutup periuk.
Biarkan selama 20 minit sehingga ayam masak.
Ayam:

Toskan ayam dan campurkan sos tiram, lada hitam.
Lumur keseluruhan ayam bersama minyak bijan.
Sapukan dengan maltose, kemudia bolehlah dibakar atau digoreng.
Sambal:

Kisarkan kesemua bahan kecuali daun ketumbar.
Perasakan dengan gula dan garam.
Taburkan daun ketumbar.

Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *