Home / Info Viral / Apabila seseorang itu terasa “Sentap” dengan suatu teguran, maka itu menunjukkan mereka mempunyai iman dalam diri-PU Syed Bakri
apabila-seseorang-itu-terasa-“sentap”-dengan-suatu-teguran,-maka-itu-menunjukkan-mereka-mempunyai-iman-dalam-diri-pu-syed-bakri

Apabila seseorang itu terasa “Sentap” dengan suatu teguran, maka itu menunjukkan mereka mempunyai iman dalam diri-PU Syed Bakri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberi kenyataan semula yang dipercayai ditujukan buat usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM.

Jelas Syed, dia tampil menegur usahawan berkenaan menerusi hantaran sebelum ini kerana Kak KM didakwa ‘menularkan’ d0sa secara terbuka menerusi kebany4kan hantaran yang dimuat naiknya di platform media sosial.

“Saya menegur, katanya mengaibkan dia. Sudah selama ini mengaibkan diri sendiri dan keluarga, dia perasan atau tidak? Siapa yang meng4ibkan siapa ini?

“Saya menegur secara terbuka kerana dia membuat dan menularkan d0sa secara terbuka! Saya tidak perlu penghormatan dari dia.

“Cukuplah Allah menyaksikan bahawa antara benar dan salah itu nyata! Nak sang4t jadi perhatian manusia,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, Syed juga menyatakan apabila seseorang itu ter4sa dengan suatu teguran, maka itu menunjukkan mereka mempunyai iman dalam diri.

“Bila dia sentap dengan teguran saya, itu tanda masih ada iman dalam diri. Berubahlah, kerana nyawa ini bukan dalam kawalan kita. Sekej4p sahaja Allah boleh tarik.

“Ramai yang menjadi jutawan dengan berniaga dan membuat ikl4n yang patuh Syariah. Maka rezeki mereka akan berkat.

“Tetapi jika sebaliknya, pasti tiada keberkatan dalam rezekimu. Sekalipun banyak,” jelas Syed panjang.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila kontroversi di antara dua figura itu telah mencuri perhatian warganet.

Isu berkenaan mula tercetus sementelah pendakwah itu memuat naik satu hantaran menasihati usahawan tersebut.

Sumber : UTUSAN.0nline.MEDIA

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *