Home / Masakan / RESEPI UDANG MASAK MERAH BEREMPAH

RESEPI UDANG MASAK MERAH BEREMPAH

UDANG MASAK MERAH BEREMPAH

Bahan-bahan:

500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih

Bahan-bahan mesin/dikisar:

1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
Hidangkan setelah masak.

Kredit : azie kitchen

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *