Home / Masakan / RESEPI Udang Galah Masak Kalio Limau Purut

RESEPI Udang Galah Masak Kalio Limau Purut

UDANG GALAH MASAK KALIO LIMAU PURUT
.
Bahan-bahannya:
1 kg udang galah
2 labu bawang besar – potong bulat
2 batang serai – dititik
2 helai daun kunyit – dihiris halus
4 helai daun limau purut – dihiris halus
5 cawan santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak masak
.
Bahan kisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
.
Cara-caranya:

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan udang, kacau rata.
Masukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, serai dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih. Kecilkan api.
Masukkan bawang besar, garam dan gula. Kacau sebati. Masak hingga bawang layu.
Tutup api dan hidangkan.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *