Home / Masakan / Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai
.
Bahan-bahan:
.
100g cili kering (50± tangkai)
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
1 kg udang basah
Garam secukup rasa
2 s.b gula
Semangkuk air asam jawa
Petai secukupnya (2-3 papan)
.
Cara Menyediakannya:
.
Rebus/rendam cili kering di dalam air panas, toskan dan bersihkan.
Masukkan sebiji bawang besar (dipotong kasar), bawang putih, cili merah dan cili kering ke dalam pengisar dan kisar.
Panaskan minyak, masukkan bahan² kisar dan gorengkan sehingga agak ringan – jangan terlalu garing.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan udang.
Biarkan seketika supaya udang masak.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
Rasa masin / masam / manis sambalnya terlebih dahulu.
Masukkan petai. Jangan dibiarkan ia dimasak terlalu lama.
Sedia untuk dihidang.
.
Selamat mencuba!
.
Artikel asal: http://bit.ly/1pb29cw
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *