Home / Info Viral / Selepas Keluar Dari Hospital, Ustaz Kazim Elias Berit4hu Ke4daan Terkini B3liau (Video)
selep4s-keluar-d4ri-hospit4l,-ust4z-kazim-elias-berit4hu-ke4daan-terkini-b3liau-(video)

Selepas Keluar Dari Hospital, Ustaz Kazim Elias Berit4hu Ke4daan Terkini B3liau (Video)

Penceramah bebas, Ustaz Datuk Kazim Elias dibenarkan pulang hari ini selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM sejak Jumaat lalu.

Menurut Pakar Jantung HUSM Prof Datuk Dr Zulkurnain Yusof, Kazim telah mengalami serangan jantung dan ia kali pertama beliau mengalaminya.

Katanya, Kazim telah menjalani rawatan angiogram dan stenting semalam, berikutan salah satu saluran koronari arterinya tersumbat.

Dr Zulkurnain berkata, beliau tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti ceramah selama enam minggu.

Pada sidang media di HUSM, pagi tadi, Kazim berkata, keadaannya stabil, namun memerlukan rehat secukupnya.

Beliau turut menjelaskan akan menangguhkan semua aktiviti dan program ceramahnya selama enam minggu.

Jumaat lalu, Kazim mengadu sakit dada ketika berceramah di Gunong, Bachok, sebelum dibawa HUSM Kubang Kerian.

Kazim yang tiba di Kelantan petang Jumaat dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Naik wheelchair elektrik

Ustaz Kazim Elias telah memuat naik video dimana beliau sedang menaiki sebuah kerusi roda berkuasa elektrik.

Menurut beliau kerana kaki beliau masih belum kuat untuk berjalan sendiri, kerusi roda elektrik ini sangat penting untuk dia bergerak.

Video

Sumber : Astro Awani / FB Ustaz Kazim Elias

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *