Home / Masakan / Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap

AYAM MASAK KICAP

Bahan bahan Masakan:

1 ekor ayam
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
3 biji cili hidup merah
2 sudu besar cili kisar
Daun saderi diracip
Sedikit Susu F&N pekat manis
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan Untuk Kuah Kicap:
Kicap Pekat Jalen
Kicap manis Jalen
Sos tomato Jalen
Sos tiram Jalen

Bahan bahan untuk dikisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.

3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. Taburkan daup sup untuk hiasan.
Kredit : Resepi Sedap

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *