Home / Info Dunia Islam / Subhanallah, Warga emas 96 tahun ini sudah khatam 130 kali menggunakan al-Quran Lusuh
warga-emas-96-tahun-ini-sudah-khatam-130-kali-menggunakan-al-quran-lusuh

Subhanallah, Warga emas 96 tahun ini sudah khatam 130 kali menggunakan al-Quran Lusuh

Putrajaya: “Saya terk3jut apabila mendapat tahu warga emas ini sudah khatam 130 kali menggunakan al-Quran lusuh,” ujar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau meluahkan rasa kagum ketika menziarahi Abu Bakar Ismail, 96, yang tinggal bersama anak bongsu, Roslina, 51, di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, bagi menyampaikan bantuan barangan keperluan makanan dan kewangan.

Zulkifli berkata, anak dan menantu Abu Bakar pernah beberapa kali memujuk dan mencadangkan supaya al-Quran lusuh itu diganti dengan yang baharu.

“Namun Abu Bakar menolak permintaan itu kerana sayangkan al-Quran lama itu. Semoga al-Quran itu menjadi saksi istiqamah beliau yang khatam al-Quran sebanyak 130 kali sepanjang hidupnya,” katanya melalui hantaran dikongsi di Facebooknya.

Abu Bakar yang berasal dari Bakri, Muar, Johor tinggal bersama anak bongsu selepas bersara sebagai pekerja kontrak dan kem4tian isteri, Hamidah Ali, 76, sejak 13 tahun lalu.

Dia yang mengalami s4kit tua dan sukar untuk berjalan masih meneruskan aktiviti membaca al-Quran selepas solat fardu.

Roslina yang juga seorang suri rumah berkata, ayahnya semakin rajin membaca al-Quran setiap kali selepas bersara.

Menurutnya, al-Quran itu digunakan ayah sejak berkahwin dengan ibu sehingga ke hari ini.

“Ada di antara bahagian yang sudah tertanggal disebabkan usia al-Quran itu yang terlalu lama.

“Saya rasa al-Quran itu mempunyai kenangan yang tidak boleh dilupakannya bersama arw4h ibu. Disebabkan itu ayah masih terus membaca dan menyimpannya walaupun sudah lusuh,” katanya ketika dihubungi.

Roslina berkata, ayahnya juga amat menjaga al-Quran itu dengan rapi dan akan meletakkan gam jika terdapat muka surat yang tercabut.

Katanya, ayahnya akan mencatatkan pada sekeping kertas beserta tarikh setiap kali khatam al-Quran,

“Ayah mempunyai keistimewaan. Walaupun tidak pernah bersekolah dalam aliran Inggeris, namun dia fasih bercakap dan membaca melalui pengalaman ditimba ketika bertugas sebagai tent3ra British di Singapura,” katanya.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *