Home / Masakan / Resepi Ikan Siakap Goreng Bercili

Resepi Ikan Siakap Goreng Bercili

Ikan Siakap Goreng Bercili

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap – lumur garam kunyit dan goreng
1 cawan cili kisar
1 labu – bawang besar potong bulat
2 inci halia – hiris
2 biji – tomato belah 6 – tak letak
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap lemak manis
1/2 sudu besar cuka makan
Garam
Gula

Cara cara:
Tumis cili kisar, halia dan bawang besar sehingga masak Masukkan tomato, sos ikan , kicap, cuka kemudian gaul sebati. Masukkan pula garam dan gula secukupnya.

Gaulkan sebati dengan ikan yg telah siap digoreng atau curah sahaja sambal tadi ke atas ikan. Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Azie Kitchen

Advertisement

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *