JAKARTA: Tindakan aneh seorang lelaki yang ‘mengahwini periuk nasi elektrik’ nampaknya tidak berakhir dengan baik.
Baru empat hari ‘beristerikan’ periuk nasi itu, pemuda Indonesia bernama Khoirul Anam memilih untuk ‘menceraikannya’.
Suara.com melaporkan alasan yang diberikan untuk ‘bercerai’ adalah isterinya itu hanya boleh memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.
Sebelum ini, tular di laman media sosial gambar ‘pernikahan’ Khoirul Anam dan sebuah ‘periuk nasi elektrik’.
BACA:https://newspush24.com/2021/10/06/gambar-pilihan-harini/
Ia disifatkan warganet sebagai gurauan sarkastik terhadap lelaki yang gemar memilih wanita yang berkulit putih, pendiam dan pandai memasak untuk dijadikan isteri.
Dalam catatan yang dimuat naik ke Twitter @lagidirumah itu, Khoirul dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis tersebut. Malah, periuk nasi itu juga dipakaikan ‘veil’ atau selendang.
Kredit : BERITAmediacorp