Home / Media Maya / Gambar Pilihan Harini

Gambar Pilihan Harini

JAKARTA: Seorang lelaki menjadi bualan netizen selepas tiga keping gambar yang memaparkan beliau ‘menikahi’ sebuah periuk nasi tular di Twitter, Kosmo memetik laman berita Suara.com.

Menurut satu catatan yang dimuat naik ke akaun Twitter @lagidirumah, pengantin lelaki yang bernama Khoirul Anam itu dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis ‘pernikahannya’ itu.

“Putih, pendiam dan pandai memasak. Sangat diidamkan,” demikian kapsyen yang ditulis bersama gambar-gambar tersebut, tukil Kosmo.

Dalam gambar pertama, Khoirul dilihat memegang periuk nasi itu yang merupakan ‘isteri’ yang selamat ‘dinikahinya’.

Gambar kedua pula menunjukkan lelaki itu mengucup periuk nasi tersebut manakala dalam gambar ketiga, beliau kelihatan sedang duduk sambil menandatangani sekeping kertas.

Biarpun gambar tersebut hanya bahan senda, aksi Khoirul memecah tawa warganet dengan ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi.

“Saya terima nikahnya dengan periuk nasi bersama senduknya,” tulis seorang netizen.

“Sepadan sekali. Anda kelihatan hebat dan ‘pasangannya’ sangat cantik. Nanti anaknya adalah penapis,” Kosmo menukil komen seorang lagi pengguna.

Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/eksklusif/gambarpilihanhariini/gambar-pilihan-hari-ini/4662192.html
Kredit : BERITA Mediacorp

Advertisement

About admin

Check Also

inilah-bintang-bintang-bola-sepak-yang-membina-masjid-dari-hasil-bermain-bola,-alhamdulillah.

Inilah Bintang-Bintang Bola Sepak Yang Membina Masjid Dari Hasil Bermain Bola, Alhamdulillah..

Inilah Bintang-Bintang Bola Sepak Yang Membina Masjid Dari Hasil Bermain Bola, Alhamdulillah.. Pesepak bola Beragama …

Leave a Reply

Your email address will not be published.