Home / Info Viral / Berbekalkan wang RM350, cikgu ini tuk4r kolam terbiar jadi kol4m air terjun y4ng sang4t c4ntik

Berbekalkan wang RM350, cikgu ini tuk4r kolam terbiar jadi kol4m air terjun y4ng sang4t c4ntik

Memiliki persekitaran sekolah yang cantik memang idaman guru dan pelajar.

Mana tidaknya, setelah seharian stres memerah otak, dengan hanya memandang benda-benda yang cantik sahaja, stres-stres tersebut seakan-akan hilang dengan sendirinya.

Malah, ia juga mampu menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah.

Untuk itu, jom kita ikuti idea kreatif yang diusahakan oleh Cikgu Nordin Ismail yang telah menukarkan kolam sekolahnya yang terbiar menjadi kolam air terjun yang sangat cantik.

Tidak dapat pergi bercuti ke Langkawi, tiada masalah.

Aku masih boleh berangan pergi bercuti macam orang lain tapi uniknya aku pergi bercuti dalam kawasan sekolah aku sendiri sahaja.

Kesing De Pak Ba Waterfall, kolam air terjun hipster. Kalau dah jiwa cikgu tu sekolah tetap di hati.

Alhamdulillah… Berbekalkan bajet sebanyak RM350 dan dalam tempoh dua hari, kolam air terjun SK Pak Ba, Setiu, Terengganu yang telah berusia 16 tahun ini yang terbiar sepi telah di ubah suai dan diberikan wajah baru agar dapat menarik minat ‘pelancong-pelancong cilik’ yang nak masuk sekolah tidak lama lagi.

Kali ini aku ‘HIPSTER’kan kolam air terjun pula. Masih berkonsepkan hipster dan yang paling penting kali ni lebih kepada konsep guna semula (reuse).

Bahan utama yang menjadi pemangkin projek ubah suai ini ialah batang pokok kelapa, tayar, kayu pallet dan lampu gasolin terpakai.

Pokok-pokok hiasan pun guna yang ada dalam sekolah sahaja. Idea ini bermula apabila sekolah dapat tender tebang pokok kelapa.

Apa lagi aku terus cop la batang kelapa tu dan suruh mereka potong ikut saiz yang aku nak sebab nak letak kat kolam air terjun tu.

Tayar tu pulak memang tayar kereta aku. Tahun lepas lepas tukar keempat-empat biji tayar memang aku sengaja letak kat sekolah, mana tau boleh guna kan, sekali tahun ni dapat ilham untuk guna tayar tu. Nasib tak buang.

Kayu palet tu aku dapat bila pihak sekolah beli bata jadi aku simpan siap-siap.

Dari segi warna, untuk dinding, aku memilih cat warna kelabu kebiruan untuk nampakkan hipster tu.

Kolam pula aku terpaksa guna warna hitam untuk lebih selamat dan tahan lama. Jadi kulat-kulat dan lumut tu tak nampak sangat. Bijak tak?

Haha Lampu-lampu neon juga menjadi penyeri kolam air terjun SK Pak Ba ni.

Bagi orang yang tak pandai nak melukis mural macam aku, ini salah satu cara yang aku rasa boleh digunakan untuk dekorasi satu-satu ruang, jimat kos dan masa.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat individu belakang tabir yang banyak membantu aku untuk merealisasikan idea menjadi satu kenyataan iaitu pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman dan Saifol Mizan, tukang kebun Mohd Rizal Mohd Rizal , akak kerani Kak Yah dan akak cleaner kak Junaidah.

Aku juga sangat berterima kasih dekat Guru Besar yang kacak lagi bergaya, Ustaz Ghani Ali dan rakan-rakan guru yang sangat memberikan sokongan, kerjasama, kepercayaan dan sumbangan kewangan untuk menjayakan projek ubah suai kolam air terjun sekolah, Kesing De Pak Ba Waterfall.

Sumber dan artikel asal  : Sinar Harian

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *