Home / Media Maya / 6 Jam Selepas Facebook, Instagram & WhatsApp Tergend4la, Mark Zuckerberg Dilapork4n Rugi RM29 Billion
6-j4m-selep4s-facebook,-instagram-&-whatsapp-tergend4la,-mark-zuckerberg-dilapork4n-rugi-rm29-billion

6 Jam Selepas Facebook, Instagram & WhatsApp Tergend4la, Mark Zuckerberg Dilapork4n Rugi RM29 Billion

Rangkaian media sosial milik syarikat gergasi Facebook dilaporkan mengalami masalah teknikal selama kira-kira enam jam, sebelum kembali pulih pagi ini.

Ketiga-tiga platform media sosial utama Facebook, Instagram dan WhatsApp dikatakan tidak boleh diakses sejak semalam. Namun punca sebenar masalah ini masih belum dapat dipastikan.

Dalam masa enam jam, dilaporkan CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian $7 billion atau kira-kira RM29 billion. Memetik laporan The Sun, Zuckerberg turun satu tangga dalam senarai Bloomberg Billionaires Index, di belakang Bill Gates.

Menurut The Sun, rangkaian media sosial milik Facebook itu dikatakan gagal diakses melalui aplikasi di telefon pintar. Manakala pengguna yang cuba mengakses laman sosial Facebook dan Instagram melalui komputer hanya terpapar pelayar putih dengan mesej “500 server error”.

Bagi pengguna aplikasi WhatsApp, rata-rata mengalami masalah untuk menghantar dan menerima pesanan. Mesej dikatakan gagal dihantar dan hanya ikon jam yang kelihatan pada mesej tersebut.

Pun begitu, ketiga-tiga platform laman sosial ini telah kembali pulih kira-kira dua jam lalu dan turut dimaklumkan oleh Zuckerberg dalam hantaran Facebooknya.

Zuckerberg turut meminta maaf kepada pengguna laman sosial Facebook, Messenger, WhatsApp dan Instagram kerana masalah yang berlaku.

Sumber: The Sun

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *