Home / Berita Terkini / “Mak ai, boleh beli tanah..” Netizen Tergamam Lihat Jumlah Bayaran Yuran Sekolah An4k Nora Danish
“mak-oii,-boleh-beli-t4nah.”-netizen-tergam4m-lihat-juml4h-bayar4n-yuran-sekolah-an4k-nora-danish

“Mak ai, boleh beli tanah..” Netizen Tergamam Lihat Jumlah Bayaran Yuran Sekolah An4k Nora Danish

Semalam. pelakon Nora Danish menyatakan anak lelakinya iaitu Rayqal yang kini berusia 12 tahun telah menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Dalam video yang dikongsikan, Nora Danish kelihatan gagal mena.han air mata ketika menghantar anak sulungnya itu ke sekolah swasta berasrama penuh berkenaan.

VIDEO:

‘Yuran boleh buat beli tanah!’

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Mufarwa Farid mendedahkan yuran persekolahan yang dikenakan bagi setiap pelajar di Kolej Tuanku Ja’afar. Menurut individu ini, pada awalnya dia menyangka anak lelaki Nora Danish telah menyambung pelajaran di SM Sains Tuanku Jaafar iaitu satu sekolah berasama penuh yang terkenal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rupa-rupanya tanggapan mereka salah.

Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam. Huh? Aku pun cepat-cepat Google.

La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi. 23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni.

Hasil carian di Internet, Mufarwa mengakui yuran tahunan persekolahan Kolej Tuanku Ja’afar agak tinggi iaitu mencecah puluhan ribu ringgit bagi pelajar peringkat sekolah rendah manakala kos bagi peringkat menengah pula cecah RM100k.

Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali! Pehhh.

Kos yuran sekolah

Difahamkan, yuran pendaftaran dan kemasukan bagi pelajar peringkat sekolah rendah adalah berjumlah RM3,350 dan RM5,350 bagi sekolah menengah. Sementara yuran tahunan adalah berbeza-beza mengikut peringkat aka.demik seseorang pelajar.

Bagi pelajar darjah 1 dan 2, yuran tahunan adalah RM30,360, bagi darjah 3 dan 4 berjumlah RM34,320 setahun manakala yuran tahunan pelajar darjah 5 dan 6 menelan kos RM39,690. Keseluruhan jumlah tersebut tidak termasuk yuran ‘after school care’, jam 3.45p hingga 5.00pm dimana bayaran yang dikenakan adalah RM12,000 setahun.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, bayaran deposit adalah RM25,000. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, yuran tahunan yang perlu dibayar adalah RM87,000 setahun iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menetap di asrama yang hanya membayar RM59,700 setahun. Sementara itu, yuran bagi pelajar tingkatan enam pula adalah RM89,400 setahun.

Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang. Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni. Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini.

Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu. Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau). Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak.

Sumber: Mufarwa FaridUtube OB

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *