KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan permulaan takwim persekolahan sesi 2022 pada Mac depan adalah berdasarkan perbincangan dan penelitian mendalam.
Perkara itu dijelaskan Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin yang memaklumkan KPM telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak sebelum membuat ketetapan mengenainya.
Katanya, perkara itu dibincangkan dengan guru-guru termasuk wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa negeri dan pakar-pakar serta persatuan perguruan bagi memastikan ketetapan tersebut mengambil kira pelbagai aspek.
“Ketetapan ini diambil supaya kita dapat gunakan sebaiknya tempoh Januari dan Februari ini untuk memastikan anak-anak kita betul-betul bersedia sebelum mereka naik ke kelas berikutnya.
“Kami yakin pendekatan ini memberi ruang cukup kepada anak-anak kita untuk diasah dan dipastikan supaya sekurang-kurangnya mereka dapat menguasai tahap penguasaan minimum diperlukan sebelum naik ke kelas berikutnya,” katanya kepada media dipetik Sinar Harian, hari ini.
Dr Radzi berkata demikian ketika ditanya mengenai ketetapan KPM untuk memulakan takwim persekolahan bagi sesi 2022 Mac depan yang menerima bantahan segelintir pihak.
Sebelum ini, Dr Radzi mengumumkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021, yang sepatutnya berakhir pada Disember tahun ini, akan dilanjutkan hingga Mac 2022.
Menurutnya, ia membawa maksud peralihan darjah atau tingkatan akan berlaku pada Mac, sekali gus memberi tempoh dua bulan untuk proses intervensi, sekiranya ada murid-murid keciciran.
Sumber Harian Metro, Sinar, Malaysian Post
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share