Home / Info Dunia Islam / [Video] Suara Azan Pemuda yang berasal Dari Rawang ini Persis suara Bilal Makkah…
(video)-suara-azan-pemuda-berasal-dari-rawang-ini-persis-suara-bilal-makkah…

[Video] Suara Azan Pemuda yang berasal Dari Rawang ini Persis suara Bilal Makkah…

Jengka: Kelunakan suara Ahmad Syarhan Ahmad Syakir pernah dis4lah erti segelintir warganet yang menyangka dia membuat lyp sinc dalam video laungan azan dimuat naiknya di TikTok.

Ini kerana ada yang menyangka Ahmad Syarhan, 19, menggunakan suara azan bilal di Makkah kerana kedengaran sama.

Hakikatnya, Ahmad Syarhan tidak menggunakan aplikasi khusus untuk melakukan suntingan dan suara dalam video itu memang kepunyaannya.

Bercerita lanjut, penutut Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang yang berasal dari Rawang, Selangor itu berkata video berkenaan dimuat naik dua bulan lalu dan niatnya sekadar untuk menjadikannya salah satu kandungan di platform TikTok.

“Tak sangka pula perkongsian video itu mendapat perhatian pengguna TikTok dari Indonesia hingga timbul pertik4ian dan salah faham dalam kalangan mereka.

“Mereka ingatkan saya membuat lip sync kerana muka saya kelihatan bersahaja sedangkan itu memang suara saya.

“Namun, saya ambil segala kutvkan mereka daripada sudut positif dan anggap andaian neg4tif itu timbul disebabkan salah faham,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


KELUNAKAN suara Ahmad Syarhan mendapat perhatian warganet selepas memuat naik video melaungkan azan di TikTok. FOTO Ahmad Syarhan Ahmad Syakir

Berkongsi latar belakangnya, Ahmad Syarhan berkata, dia pernah merangkul gelaran johan hafazan al-Quran kategori sekolah menengah dalam Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan pada 2019.

Katanya, dia mewakili Pulau Pinang kerana menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Kepala Batas ketika itu.

“Minat mempelajari taranum timbul selepas mendaftar masuk ke MRSM Ulul Albab ketika di tingkatan satu.

“Di situ juga, saya mendapat bimbingan dan pendedahan hingga ada keyakinan untuk menyertai pertandingan hafazan.

“Syukur kerana pernah layak bertanding di peringkat kebangsaan dan beroleh kemenangan dalam pertandingan itu,” katanya.


AHMAD Syarhan pernah merangkul gelaran johan hafazan Al-Quram kategori sekolah menengah dalam MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan 2019. FOTO Ahmad Syarhan Ahmad Syakir

Berkongsi hala tujunya, Ahmad Syarhan berkata, sekalipun nampak cenderung ke arah keagamaan, dia tidak mahu mengeh4dkan diri dalam skop itu saja.

Sebaliknya, Ahmad Syarhan mahu meneroka bidang lain yang boleh memberinya peluang menabur bakti kepada masyarakat.

“Sebenarnya, saya mahu ubah persepsi segelintir masyarakat yang menganggap individu yang cenderung terhadap aktiviti, hal atau latar belakang keagamaan hanya ada pengetahuan dalam bidang itu saja (bidang agama).

“Realitinya, ramai dalam kalangan mereka ada kemahiran lain dan disebabkan itu saya memilih menyambung pelajaran dalam aliran kejuruteraan.

“Saya mahu belajar kemahiran lain yang akhirnya boleh membantu masyarakat apabila berada di alam pekerjaan kelak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *