Aplikasi TikTok kini boleh dikatakan antara platform yang cukup popular apabila ramai selebriti juga turut menyertainya dengan pelbagai content menarik.
Walau bagaimanapun, terkejut pula peminat usahawan dan selebriti popular iaitu Neelofa dimana ramai tidak menyangka dia akan masuk FYP atau For You Page dimana rata-rata netizen menyangka ianya cumalah video yang dikongsikan oleh peminat.
Pun begitu, nampaknya rakaman video yang dimuat naik juga turut menarik perhatian umum dengan video tersebut mendapat lebih 80,000 tanda suka berserta ribuan komen.
Ada antaranya selain terkejut Neelofa masuk FYP mereka, peminat juga teruja menyaksikan video perkongsian di akaun atas nama Neelofa ini yang memaparkan bagaimana wajah anak-anak jika mengabungkan wajah Neelofa dan PU Riz dalam satu aplikasi.
Baru-baru ini, Neelofa menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia di dakwa sedang hamil kerana sering dilihat memegang perut. Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi daripadanya.
@neelofaaa
Ternyata video dimuat naik itu pula netizen bagaimanapun membanjiri dengan pelbagai reaksi di ruangan komen disamping rakaman tersebut mengutip hampir satu juta mata menonton.
“Weh aku ingatkan fans rupanya memang Lofa sendiri
“Apa tunggu…”
Sumber:HCL
Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share