Home / Berita Terkini / Video Sayu, Keterujaan pemuda kembali ke pangkuan keluarga selepas enam bulan di dalam tah4nan bertukar duk4 apabila ibu tercinta telah ‘p3rgi’ selam4nya…
video-sayu,-keterujaan-pemuda-kembali-ke-pangkuan-keluarga-selepas-enam-bulan-di-dalam-tah4nan-bertukar-duk4-apabila-ibu-tercinta-telah-‘p3rgi’-selam4nya…

Video Sayu, Keterujaan pemuda kembali ke pangkuan keluarga selepas enam bulan di dalam tah4nan bertukar duk4 apabila ibu tercinta telah ‘p3rgi’ selam4nya…

Kota Kinabalu: Keterujaan seorang pemuda, Roslan Amir untuk kembali ke pangkuan keluarga selepas enam bulan berada dalam tah4nan bertukar duk4 apabila ibu tercinta, Aping Uddin, m3ningg4l dunia sebelum sempat menyambut kepulangannya.

Aping, 68, m3ningg4l duni4 akibat ker0sakan buah pinggang di H0spital Queen Elizabeth 1 (HQE l) di sini, pada 6 Jun lalu.

Kisah Roslan, 22, atau mesra disapa sebagai Tallee itu mendapat perhatian netizen selepas kakaknya, Hera Elestra Alex, 35, memuat naik rakaman video di TikTok.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Roslan menangis sambil memegang batu nisan di pus4ra ibunya yang disem4dikan di Tanah Perkvburan Islam Sempelang, Kampung Sembulan, Tanjung Aru di sini.

Selain itu, Roslan turut dibawa menziarahi pus4ra kakaknya, Siti Alnida@Arning, 49, yang m3ningg4l duni4 pada 9 September lalu di HQE ll.

Bercerita lanjut, Roslan berkata, dia terpisah dengan arw4h ibu dan keluarganya sejak dimasukkan ke Pusat Tahanan Penjara Kepayan di sini, pada 28 April lalu atas satu kesal4han jen4yah yang enggan dikongsikannya.

Menurutnya, dia menghitung detik setiap hari untuk keluar daripada tah4nan dan bersyukur apabila dibebaskan.

“Sebaik dibebaskan, kakak bawa saya ke tanah perkvburan.

“Pada mulanya, saya tidak tahu apa tujuan dibawa ke situ dan ingatkan untuk ziarah kub0r datuk rupanya pusara emak serta kakak yang sudah m3ningg4l dunia.

“Sedih sangat kerana saya rapat dengan emak dan tak sangka emak pergi dahulu meninggalkan saya, malah tidak tahu langsung mengenai pem3rgiannya sehingga sampai di pus4ranya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Roslan, lebih meny3dihkannya apabila tidak dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir.


Kenangan Roslan bersama ibunya. (Gambar kanan) Roslan tidak dapat menahan kesedihan di pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Sempelang, Kampung Sembulan, Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu. Foto Ihsan Roslan Amir

“Siang malam, saya rindukan emak dan keluarga sepanjang berada dalam tahanan.

“Saya juga selalu doakan mereka malah emak pernah hadir dalam mimpi saya dengan wajah tersenyum.

“Jujurnya, saya memang tidak sabar keluar daripada tahanan untuk salam, cium tangan dan peluk emak puas-puas.

“Bagaimanapun, yang dapat saya lihat hanya batu nisan dan sedihnya kerana tidak dapat meminta ampun dengan emak buat kali terakhir,” katanya.

Roslan mengakui berat untuknya menerima ujian itu.

“Tak sangka saya diuji sebegini namun akur kerana perancangan Allah lebih baik.

“Sebelum masuk ke tahanan, emak sempat berpesan kepada saya supaya tidak tinggalkan solat dan banyakkan mengaji. Saya akan ingat pesanan terakhir itu sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu, kakaknya, Hera Elestra berkata, dia sekeluarga merahsiakan pemergian ibunya daripada Roslan kerana enggan emosi adiknya itu terganggu ketika berada dalam tahanan.

“Adik dibebaskan pada 4.30 petang kelmarin dan sebaik keluar, saya terus membawanya ke pusara emak dan kakak.

“Berat untuk saya beritahu perkara sebenar namun terpaksa lakukannya walaupun sudah menduga dia akan sedih.

“Ikutkan, emak memang sudah lama sakit cuma penyakitnya semakin serius sejak tiga tahun lalu dan ditakdirkan meninggal dunia ketika adik dalam tahanan,” katanya.

Menurut Hera Elestra, dia memuat naik video itu di TikTok sebagai kenangannya dan tak sangka ia tular, walaupun segelintir netizen melemparkan kata-kata negatif, ada juga menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan mereka dengan ibu.

“Saya bersyukur jika perkongsian itu dapat menjadi asbab kepada mereka yang menonton untuk menghargai ibu yang masih ada,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Kelar Leher Ibu Sebelum Digilis Lori

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗥 𝗟𝗘𝗛𝗘𝗥 𝗜𝗕𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗟𝗜𝗦 𝗟𝗢𝗥𝗜 Gurun: Seorang lelaki tergamak mengelar leher ibunya di rumah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *