Home / Info Dunia Islam / Walaupun hidup mewah dan berjaya tapi bila balik ke rumah, duduk seorang diri saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya. Hidayah Milik Allah..
walaupun-hidup-mewah-dan-sukses-tapi-bila-balik-ke-rumah-dan-duduk-seorang-diri-saya-dapat-rasakan-ada-sesuatu-yang-tidak-kena-dengan-diri-saya-hidayah-milik-allah.

Walaupun hidup mewah dan berjaya tapi bila balik ke rumah, duduk seorang diri saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya. Hidayah Milik Allah..

Walaupun hidup mewah dan sukses tapi bila balik ke rumah dan duduk seorang diri saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya. Hidayah Milik Allah..

Tentu ramai peminat ‘rock kapak’ kenal dengan figura ini yang telah cuci tangan meninggalkan dunia glamor ketika beliau berada di puncak populariti.

Pemilik nama sebenar, Nurzul Suphia’an Sa’ban, 45, atau lebih dikenali sebagai Zul Handy Black meluangkan masa dengan Mingguan Malaysia, berkongsi kisah silam dan kehidupannya selepas hijrahnya hari ini.

” Pada awal 90-an sebelum bergelar artis, saya bekerja sebagai pelukis di kaki lima kompleks Terminal One di Seremban.

” Selain itu, saya juga aktif bermain muzik sebagai pemain drum untuk kumpulan tentera di sekitar Negeri Sembilan. Waktu itu show kami hanya di rumah orang kahwin.

” Suatu hari seorang rakan daftarkan nama saya dalam pertandingan karaoke di Plaza Ampangan Seremban.

” Saya ingat lagi pertandingan itu berlangsung selama empat minggu, dan saya berjaya mara ke final. Pada mulanya tak sangka juga sebab saya bukannya selalu menyanyi, lagi pun kalau bersama band itu saya lebih selesa bermain drum.

” Lagu ‘Tiada Rahsia Antara Kita’ nyanyian Awie yang saya bawakan ketika pertandingan akhir itu berjaya menobatkan saya sebagai juara.

” Bila dah menang barulah saya tahu, rupa-rupanya pertandingan itu dibawakan oleh syarikat rakaman SRC, dan mereka memang ingin mencari artis rakaman baru,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Kau Yang Bernama Seri ini, ramai rakannya tidak percaya dengan kemenangannya, lebih-lebih lagi sebelum itu beliau jarang sekali melontarkan suara di khalayak ramai, bahkan ramai di antara rakan karibnya merasa bangga dan mengucapkan tahniah ketika mengetahui dia akan ke Kuala Lumpur bagi sesi uji bakat yang dikendalikan oleh syarikat rakaman SRC.

” Ketika sesi uji bakat berlangsung, saya terkejut apabila dapat tahu yang audition tersebut adalah untuk mencari penyanyi baru bagi kumpulan rock kapak otai, Handy Black. Ini kerana penyanyi asal mereka, Isa telah keluar untuk menumpukan pada perniagaannya.

” Saya juga diberitahu kumpulan ini akan dijenamakan semula dengan konsep baru kerana menurut mereka demand rock kapak ketika itu sudah berkurangan.

” Ketika sesi audition ada tiga penyanyi lain turut serta. Ketika itu saya tidak menaruh sebarang harapan.

” Namun mungkin sudah tertulis itu rezeki saya agaknya apabila pihak A&R yang di ketuai oleh Zul 2 by 2 sebulat suara memilih saya,” ujarnya panjang lebar.

Untuk menjadikan beliau lebih serasi dengan anggota Handy Black, Zul diminta untuk tinggal bersama gitaris utama kumpulan berkenaan iaitu Rosli Jantan atau Lee. Menurut Zul, ketika itulah dia diajar pelbagai teknik dan konsep yang mereka mahukan.

Tidak dapat dinafikan wujudnya tekanan dan kurang keyakinan diri, tetapi apabila teringat memikirkan minat dan percaya itu sebagai ‘rezeki baharunya’ dia meneruskan dengan penuh tekad dan keyakinan. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

” Ketika itu Lee sarankan kepada saya jika menyanyi lagu rock yang fast dan berat dia nak saya buat suara ‘koyak’.

” Ketika itu dia beri saya dengar lagu-lagu kumpulan barat seperti Sepultura, Kreator dan sebagainya supaya saya dapat belajar dan faham teknik yang dia inginkan.

” Lagu Kau Yang Bernama Seri sebenarnya tiada dalam senarai lagu yang ingin kami rakamkan ketika itu. Lagu itu hadir ketika sedang lepak bersama Zul 2 by 2.

Dia hanya memetik gitar dengan suka-suka, tetapi kami yang berada di situ perasan dan perhatikan lagu berkenaan sedap dan ada kelainan, lantas Zul menyusunnya semula dan beri kepada arwah Loloq untuk membuat dan menyusun lirik.

” Album Handy Black akhirnya dipasarkan. Lagu Kau Yang Bernama Seri tiba-tiba menjadi hits mengatasi lagu lain dalam album tersebut.

” Kehidupan saya mula berubah sekelip mata. Bila bergelar selebriti semua nikmat dunia yang selama ini saya pandang dengan mata dapat saya kecapi, termasuklah kemahsyuran, kemewahan dan sebagainya,” ujarnya.

Setiap hujung minggu pendapatan boleh cecah hingga RM18,000

Ketika namanya berada di puncak, Zul mengaku terlupa dan alpa dengan tuntutan agama. Keseronokan dunia yang dinikmatinya pada waktu itu sedikit sebanyak membuatkan dia hanyut lebih-lebih lagi usianya ketika itu baru menginjak awal 20-an.

” Walaupun hidup mewah dan sukses tapi bila balik ke rumah dan duduk seorang diri saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya.

” Adakalanya jiwa terasa kosong, dan seringkali rasa tidak tenteram seolah-olah ada yang kurang dalam hidup ketika itu. Puas saya fikir, namun tak jumpa jawapannya.

” Ikutkan ketika itu saya dah ada rumah besar harga beratus ribu, kereta dua tiga buah, show yang banyak sehinggakan setiap hujung minggu pendapatan saya boleh cecah hingga RM18,000.

” Sehinggalah ayah saya meninggI dnia pada 2015. Bila saya lihat arwah ayah dimasukkan ke Iiang Iahad, ketika itulah hati saya berdetik, akhirnya bila kita kembali ‘kepadanya’ kita langsung tidak bawa apa-apa kecuali tubuh yang dibaluti kain putih dan amalan yang dibuat ketika hayat.

” Perlahan-lahan saya cuba menginsafi diri, mencari bekalan akhirat serta meninggalkan sedikit demi sedikit hal duniawi.

” Alhamdullillah, Allah SWT buka pintu hati saya untuk kembali ke jalannya, walaupun terpaksa meninggalkan segala apa yang saya ada ketika itu,” katanya

Sejak saat itu, dia mula mendekatkan diri dengan agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Pada mulanya ramai rakannya terkejut dan tidak kurang juga yang memandang serong mencurigai dengan penghijrahannya, tetapi berbekalkan dengan kecekalan dan semangat yang ada, menjadikan dia tetap istiqamah bertahan tanpa mempedulikan persepsi negatif yang ada di sekelilingnya.

” Untuk menjadi mahsyur, popular dan dikenali tidak semestinya menjadi artis sahaja.

” Cuba tengok sekarang ini para ulama dan ustaz juga mampu meraih populariti atas kerja-kerja dakwah mereka. Tidak perlu ada kerisauan dalam hijrah. Hijrah bukan bermakna kau tinggalkan hal dunia.

” Memang Allah SWT itu menguji kita, namun percayalah rezeki Allah itu ada di mana-mana.

Bak kata guru saya, dakwah itu bukan pekerjaan, tetapi dalam setiap pekerjaan, dakwah tetap kena jalankan,” katanya

Menurutnya, pada masa kini beliau sering dijemput memberi ceramah mengenai penghijrahannya, namun bagaimanapun jemputan persembahan pentas masih diteruskan dengan syarat-syarat ditetapkan, misalnya di majlis berkenaan tidak boleh ada unsur-unsur maksiat dan tidak bermoral seperti hidangan arak dan sebagainya.

” Sekarang ini bila tengok lakonan dulu pun terasa malu. Dalam hati berkata juga, kenapalah aku buat macam ini dulu.

” Sama juga ketika saya menghadiri majlis perkahwinan. Bila ada orang yang menyanyikan lagu karaoke saya, saya akan cakap dengan mereka secara bergurau “Eh, tak payah tengoklah video klip tu…nyanyi dengar muzik sahaja sudahlah. Malu aku tau!..” katanya ketawa sambil mengakhiri perbualan.

Sumber:utusan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *