Home / Media Maya / Sayu dan Pilu, Wanita Kurang Upaya Setia disisi Jasad Ibu selamat 5 hari sebelum ditemui orang ramai.…

Sayu dan Pilu, Wanita Kurang Upaya Setia disisi Jasad Ibu selamat 5 hari sebelum ditemui orang ramai.…

Baling: Misteri bau busuk di sebuah rumah yang dihuni dua beranak di Kampung Berjaya, Kuala Pegang di sini, semalam terjawab apabila polis menemui mayat seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, wanita itu dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61, dan dipercayai m3ningg4l dunia lebih lima hari lalu.

“Kami turut menemui anaknya yang juga 0rang kur4ng up4ya (0KU), Tengku Rose Mawar Tengku Saiful Munir yang berusia 21 tahun dalam keadaan lem4h di sebelah jas4dnya.

“Punca kem4tian belum dapat dipastikan dan Tengku Rose Mawar sudah dibawa ke H0spital Baling untuk raw4tan,” katanya pada kenyataan.

Sementara itu, jiran mangsa, Ismail Salleh, 60, berkata, dia kali terakhir bertemu dengan wanita itu pada Jumaat lalu apabila mangsa memintanya belikan makanan serta ubatan.

“Saya tidak menyangka dia meninggal dunia lima hari lalu kerana nampak keadaan di halaman rumahnya biasa sahaja, dan ada juga dengar anaknya yang OKU itu sering menangis kerana dia tidak dapat bercakap.

“Wanita itu ditemukan mati apabila seorang penghantar barangan yang mahu menghantar barang dipesan oleh mangsa dan mengajak salah seorang anak jiran menemaninya untuk membuka pintu rumah itu,” katanya.

Tambahnya, selepas membuka pintu yang tidak berkunci itu, mereka terkejut apabila melihat mayat warga emas terbaring dan anaknya yang OKU berada di sisi.

Menurut beliau, may4t dibawa ke H0spital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian C0vI9.

“Kami belum menerima laporan punca kem4tian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sumber: Harian Metro dan utusan

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Lep4s Hampir 30 T4hun, Pihak Hospital Baru Sed4r Punca Air Rup4nya Dari Tandas

Sebuah hospital universiti di Suita, Jepun baru tahu bahawa sumber air yang digunakan mereka sejak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *