Home / Berita Terkini / [Video] Adik ni menangis, semput masa ‘live’ ju4l b4ju bundle gara-gara kena scam… bapa t4han air mata – “Dia kata nak borong banyak, baru dapat gaji”
anak-men4ngis,-semput-masa-‘live’-ju4l-b4ju-bundle-gara-gara-kena-scam…-bapa-t4han-air-mata-–-“dia-kata-nak-borong-banyak,-baru-dapat-gaji”

[Video] Adik ni menangis, semput masa ‘live’ ju4l b4ju bundle gara-gara kena scam… bapa t4han air mata – “Dia kata nak borong banyak, baru dapat gaji”

Hanya linangan air m4ta yang dapat disaksikan menerusi satu rakaman menunjukkan seorang penjual secara dalam talian (online) ketika bersiaran langsung.

Perasaan kec3wa sememangnya tidak dapat disembunyikan apabila mend4kwa dirinya dipermainkan oleh netizen yang kononnya mahu membeli (lock) tetapi kemudian menghilangkan diri tanpa membuat sebarang bayaran (joy buyer).

“Pen4t aku buat live. Dengan sempvtnya, tapi orang senang-senang je joy. Kalau sehelai dua aku tak kisah, tapi banyak kot,” katanya yang menjual pakaian terpakai (bundle).

Syifaa mula menjual baju bundle sejak Jun lalu.

Berkongsi pengalaman, penjual online berkenaan, Ummu Syifaa’ Bahrum berkata, dia baru memulakan bisnes menjual baju bundle sejak Jun lalu selepas tamat pengajian.

G4dis berusia 19 tahun itu memberitahu, ins1den berlaku ketika membuat live untuk menjual baju-baju di platform beli-belah dalam talian, pada Jumaat malam.

“Saya buat live dua jam, ada dua sesi. Mula-mula saya buat sesi pertama, dah banyak baju yang mereka lock nak beli. Tapi lepas tu senyap je.

“Kemudian saya buat sesi live kedua, tanya kat sesiapa yang ada lock tadi. Mungkin ada yang terlepas pandang, tapi tak ada respons. Tak sangka saya kena joy,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Syifaa, katanya, ini bukanlah kali pertama dia diani4ya netizen ketika menjual baju bundle ketika bersiaran langsung secara dalam talian.

“Bukan pertama kali kena joy, banyak kali. Tapi kali ini saya tak dapat tahan sampai men4ngis sebab banyak sangat, ada yang lock nak beli baju sampai tujuh helai.

“Dia siap komen baru dapat gaji, nak borong banyak baju. Tapi dia senyap bersama kira-kira tiga orang lagi melibatkan lebih 10 helai baju,” ujarnya yang berasal dari Sik, Kedah.

Syifaa berkongsi pengalaman sepanjang berniaga baju bundle.

Menurut anak bongsu daripada 12 beradik itu, dia mula berniaga secara dalam talian selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuklah menjual makanan dan kotak hadiah.

“Saya pernah kena sc4m (dit1pu) seperti mereka beri resit transaksi bank p4lsu masa dah ready nak bungkus dan post barang-barang.

Kita sama-sama cari rezeki. Kalau tak serius nak beli, tolonglah jangan lock. Tolong jangan menyus4hkan seller.

UMMU SYIFAA’ BAHRUM

“Tapi saya tak pernah men4ngis. Cuma kali ini saya tak dapat kawal perasaan sebab pen4t sangat, rasa sempvt. Jadi tak boleh live lama-lama,” katanya yang mengh1dap asm4.

Syifaa yang baru menamatkan pengajian asasi Undang-Undang Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai, Negeri Sembilan mengakui sed1h kerana melakukan reviu barangan tetapi diani4ya oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak ser1k dengan ins1den berlaku, Syifaa tetap bangkit mencari rezeki.

Walau bagaimanapun dia reda dengan kejadian yang berlaku, sambil menganggapnya dirinya tiada rezeki dan apa yang dialaminya sebagai lumrah dalam perniagaan.

“Cuma terkil4n bila joy buyer tu kata nak borong sebab dapat gaji. Kita sama-sama cari rezeki. Kalau tak serius nak beli, tolonglah jangan lock. Tolong jangan menyus4hkan seller.

“Saya tak ser1k dan tetap terus berniaga. Saya orang sus4h kena cari duit, ayah berusia 65 tahun buat kerja-kerja kampung. Ayah ada di sebelah saya teman masa buat live tu sebab ayah selalu tolong uruskan bisnes bundle.

“Ayah macam nak men4ngis tengok saya masa tu, dia minta saya bersabar. Sokongan keluarga membuatkan saya terus bersemangat untuk terus berniaga,” katanya.

Komen netizen:

Sumber: Mstar

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *