Home / Berita Terkini / Orang Besar (Datuk) pun ‘kerja’ seludup masuk PATI, memang susah la nak banteras

Orang Besar (Datuk) pun ‘kerja’ seludup masuk PATI, memang susah la nak banteras

Kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini nampak­nya sukar untuk dibanteras sepenuhnya apabila wujud pula penglibatan individu berstatus orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk dalam aktiviti jahat itu.

Permintaan tinggi dalam sektor perladangan dan pembinaan menjadi pendorong golongan VIP untuk berkomplot dengan sindiket penyeludupan PATI.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, ini terbukti apabila PATI yang ditangkap sebaik tiba di Malaysia seolah-olah telah mengetahui lokasi yang hendak dituju mereka bagi mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, golongan VIP itu dipercayai daripada ahli perniagaan yang mengusahakan ladang, kilang dan projek pembinaan.

“Mereka akan berurusan de­ngan tekong-tekong di negara jiran menerusi orang tengah untuk membawa masuk PATI untuk kegunaan mereka atau pihak lain.

“Siasatan awal mendapati, PATI yang memasuki Malaysia telah diberi nombor telefon yang perlu dihubungi mereka bagi memudahkan urusan menyeludup masuk terutama dari segi pengangkutan, penempatan dan seterusnya pekerjaan mereka.

“Memang ada rangkaian kerana dalam kes-kes tertentu, PATI ini telah tahu siapa ‘tauke’ mereka,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini

Rizal berkata, pihaknya percaya terdapat VIP bergelar Datuk atau orang yang berkepentingan dalam sindiket terbabit telah menjadi pembekal PATI kepada mana-mana pihak terutama dalam sektor pembinaan, perladangan dan perindustrian.

Katanya, PATI disukai ramai atas faktor kemahiran, boleh dikerah dan tidak kisah tentang bayaran gaji sehingga menyebabkan mereka mudah dimanipulasi oleh majikan-majikan.

“Hasil operasi yang dilakukan pasukan kami menunjukkan terdapat jadual penghantaran sebanyak tiga kali seminggu bagi menyusup masuk PATI terutama di Selangor,” ujarnya.

Antara lokasi pendaratan yang paling banyak dikesan di perairan Selangor sepanjang 337 kilometer adalah Tanjung Sepat, Kampung Melayu Pulau Carey, Tanjung Layang dan Ladang Tumbok, Morib di Kuala Langat.

Di Kuala Selangor melibatkan kawasan Jeram, Sungai Janggut, Tambak Jawa dan Pantai Remis selain Kapar dan Sungai Serdang di Klang serta kolam udang Sungai Burung di Sabak Bernam.

Rizal berkata, PGA Batalion 4 turut mengesan 61 lorong tikus dan 21 jeti tidak berdaftar
di Selangor.

“Mereka membayar antara RM800 hingga RM1,500 bagi setiap perjalanan dengan tempoh penyusupan masuk adalah berbeza iaitu pada tahun lalu bermula pukul 2 hingga 6 pagi.

“Pada tahun ini pula terdapat tiga peringkat waktu penyeludupan iaitu bermula pukul 2 pagi hingga 5 pagi, 10 pagi hingga 2 petang dan 7 petang hingga 9 malam,” ujarnya.

Kata Rizal, modus operandi mereka adalah berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia menggunakan bot tongkang yang mempunyai enjin 32 kuasa kuda.

Ujarnya, bot tersebut akan bergerak pada kelajuan hanya 12 knot atau 20 kilometer sejam merentasi perairan Indonesia sehingga tiba di perairan Malaysia.

“Sepanjang perjalanan di laut, tekong bot akan ‘menempel’ atau berada di sebalik kapal dagang kerana mana-mana bot yang bergerak 12 knot ke bawah agak sukar dikesan di perairan kerana kelajuan sama seperti bot-bot nelayan tempatan.

“Kemudian, hanya kira-kira tiga PATI akan ditumpangkan dalam bot nelayan yang dikemudi warga Myanmar dan Indonesia yang menjadi tali barut.

“Corak pergerakan mereka selepas mendarat pula adalah menyorok di kawasan paya bakau lebih dari 24 jam sebelum membersihkan diri dan menukar pakaian dan keluar dalam kelompok kecil bagi mendapatkan pengangkutan,” katanya.

Beliau memberitahu, pihak­nya telah menangkap 651 PATI terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Nepal berusia antara 1 hingga 59 tahun sejak tahun lepas hingga 9 Jun lalu menerusi Ops Benteng Covid-19.

Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditangkap itu, seramai enam warga Indonesia didapati positif Covid-19.

Artikel Asal Kosmo Online

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *