Home / Berita Terkini / [Video] Produk Tak Laku Gara2 Kontroversi , Caprice Rugi Hampir Sejuta
bar4ng4n-tak-l4ku-gara2-kontroversi-,caprice-rugi-h4mpir-sejut4

[Video] Produk Tak Laku Gara2 Kontroversi , Caprice Rugi Hampir Sejuta

Penyanyi popular, Caprice mengakui perniagaannya merudum dan produk jualannya iaitu wangian Rindu Raudah tidak laku gara-gara namanya menjadi viral sebelum ini.Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Caprice menerusi satu perkongsian video di saluran telegram miliknya yang menjelaskan keadaan perniagaannya itu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM900,000.

“Jarang artis atau usahawan tunjuk apabila diorang jatuh. I wanna do something different I wanna show you guys how bad kita jatuh dekat Rindu Raudah, my IT Company.

“Sejak kita (saya) viral dan satu Malaysia kecoh, I wanna show you how bad it hit my business,” jelasnya.Menerusi video berkenaan, Caprice turut menunjukkan produk wangiannya itu yang dilihat masih tidak terjual dan masih berada dalam tempat penyimpanan di pejabatnya.

“Ni adalah stock yang tidak boleh jual langsung, sejak kita viral, for some reason, its very hard to sell and semua stock ni tak gerak langsung.

“Tahun lepas kita tak akan nampak stock-stock macam ni dekat office sebab memang laku keras dan selalu licin, tapi sejak kita viral semua ni tak boleh jual guys,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga menyatakan sepanjang dia ‘hilang’ tiga bulan, dia juga kehilangan tiga orang pekerja.

“Apabila semua tengah best, semua tengah senang memang kita enjoy dan apabila kita tengah susah ada setengah orang yang akan cabut atau hilang dari hidup kita, that is life.

“But bagi Caprice kalau boleh the proper way of doing business atau having a family susah senang kita kena sama-sama,” jelasnya.

BARANGAN TAK LAKU GARA-GARA KONTROVERSI – CAPRICE RUGI HAMPIR SEJUTA

“Ini adalah stok yang tidak boleh jual langsung sejak kita viral. Atas sebab tertentu ia sangat susah untuk dijual dan semua stok ni tak gerak langsung.Tahun lepas kita takkan nampak stok-stok macam ni dekat ofis sebab memang laku keras dan selalu licin. Tapi sejak viral semua ni tak boleh jual gais,” ujar penyanyi rap Caprice, yang mengakui mengalami kerugian hampir sejuta ringgit gara-gara kontroversi dan fitnah.

Untuk info, dia rugi kira-kira RM958, 400 untuk 16,000 kotak produk yang tidak terjual.
“Itu bermakna kita tengah rugi sekarang dan ia adalah berita buruk buat Caprice,” tambahnya dipetik sebagai berkata menerusi perkongsian di aplikasi telegram.Selain alami kerugian, tiga orang pekerjanya juga meninggalkan syarikatnya iaitu Rindu Raudah.”Dan waktu kita hilang tiga bulan, tiga pekerja Caprice hilang juga. Saya cuma nak beritahu kepada semua sesuatu tentang kehidupan.

“Apabila semua tengah best semua tengah senang memang kita enjoy. Dan apabila kita tengah susah ada sesetengah orang yang akan cabut atau hilang dari hidup kita. Itulah kehidupan.

“Tapi bagi saya kalau boleh cara terbaik apabila hendak memulakan perniagaan ialah susah senang kita kena sama-sama.Bukan time senang je kita enjoy tapi time susah pun kita enjoy dan kerja lagi keras,” tulisnya.Sementara itu, luahan Caprice itu menarik perhatian pengguna laman sosial apabila ada yang mengkritik penyanyi itu.lain kali nak berniaga.. berniaga je.. tak payah buat kontroversi apa bagai…. jangan salah orang lain.. tengok diri sendiri dulu,” komen salah seorang daripada mereka.

komen netizen

Sumber : YOUTUBE

Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

Advertisement

About Cucu

Check Also

Daun Kering, Bulu Burung, Tahi Cicak Ditemukan: Kilang Kicap Diarah Tutup Dua Minggu

[VIDEO] Daun kering, bulu burung, tahi cicak ditemukan: Kilang kicap diarah tutup dua minggu Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *