Home / Masakan / Resepi Siakap Stim Tomyam Putih

Resepi Siakap Stim Tomyam Putih

RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM PUTIH

Bahan-bahan

1 ekor siakap sederhana besar
1 peket pes tomyam putih @adabi_consumer
1 biji bawang merah
2 inci halia
Daun limau purut
Daun ketumbar
Cili hijau
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya

1. Ratakan ikan dengan sedikit garam. Masukkan halia, daun limau purut, bawang dan cili bersama sedikit pes tomyam putih ke dalah perut ikan.

2. Pes yang lebih, lumurkan pada ikan. Lumur sehingga sebati bagi kedua-dua belah badan.

3. Kemudian, taburkan semua bahan yang dipotong. Perahkan asam limau nipis dan curahkan bancuhan sos ikan bersama kuib pati ayam adabi.

4. Kukus sehingga ia masak. Lepas masak boleh tabur daun ketumbar, cili dan tomato untuk hiasan.

Selamat mencuba. .

#dapurcheyah #siakapstim

Kredit :

bahiah saripuddin

About admin

Check Also

Resepi Bihun Soto

Resepi Bihun Soto so Beshhh Jom tengok resepinya. A. RESEPI KUAH SUP 1. Panaskan sedikit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *